suria

Haqiem dan Ariff tak mahu ‘playsafe’, ada rasa tertekan kekal momentum di Famili Duo 3

Haqiem dan Ariff tidak berasa selesa walaupun kini berada di kedudukan pertama.

DUA kali menduduki tangga pertama dalam rancangan Famili Duo 3 (FD3), penyanyi Haqiem Rusli dan Ariff Bahran menjelaskan mereka tidak pernah rasa selesa dengan kedudukan tersebut.

Sebaliknya Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 24, menjelaskan dia dan Ariff merasakan kecemerlangan itu sebagai peringatan untuk tidak mudah berasa selesa dan perlu terus memberikan persembahan terbaik.

"Kami tidak boleh nak playsafe, setiap minggu kami akan kerap berjumpa dan bincang apa perlu dilakukan.

"Saya dan Ariff perlu buat sehabis baik," katanya.

Ariff dan Haqiem tidak mahu berasa selesa dengan kedudukan teratas Famili Duo 3.

Ariff dan Haqiem ada rasa tertekan mengekalkan momentum mereka.

Haqiem berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung yang dilakukan menerusi Tiktok bersama Ariff.

Dalam masa sama, Haqiem berkata kemenangan yang diperoleh itu sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada mereka untuk mengekalkan momentum tersebut.

"Kami perlu menjadi lebih kreatif, vokal lebih terjaga dan kami perlu memastikan persembahan kami dapat menghiburkan penonton di dalam studio terutamanya juri,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fyna Jebat muncul di Famili Duo 3, mengaku masih bersahabat baik dengan Zainal Abidin

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum masuk Famili Duo lagi dia minat”... Ariff Bahran tak kecil hati Mas Idayu asyik puji persembahan Haqiem Rusli

Sementara itu, Ariff atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 25, pula berkata, dia tidak boleh berasa selesa untuk minggu seterusnya memandangkan kesemua peserta sentiasa memberikan idea-idea yang menarik.

Jelasnya, terdapat banyak lagi aspek yang perlu diperbaiki dalam memastikan kedudukan pertama keseluruhan mereka tidak dirampas oleh mana-mana pasangan.

"Saya dan Haqiem tidak boleh nak rasa selesa dalam pertandingan. Kami akan buat sehabis baik walaupun sekarnag berada di kedudukan pertama.

"Bagi saya, banyak lagi nak kena perbaiki untuk tingkatkan peratusan markah yang kami ada sekarang ini," ujarnya.

Ariff Haqiem 3

Pasangan sepupu ini menunjukkan prestasi cemerlang di pentas Famili Duo 3.

Dalam masa sama, duo itu berkongsi, ahli keluarga terdekat juga memainkan peranan dengan berkongsikan idea bagi menjayakan sesuatu persembahan itu.

"Satu keluarga ada bagi idea. Mana idea yang baik itu kami ambil. Contohnya semasa minggu kedua persembahan yang menyentuh jiwa berkenaan Palestin itu, ia sebenarnya daripada isteri Ariff," kata Haqiem.

Untuk rekod, Haqiem dan Ariff merupakan duo yang memperoleh markah keseluruhan tertinggi iaitu sebanyak 216.7 markah diikuti Sharif dan Syaiful dengan markah sebanyak 206.1.

Selain Haqiem dan Ariff, FD3 turut menampilkan lima pasangan duo lain iaitu Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi, Ryan dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful, Shila Amzah dan Amir Syahir serta Fuad Rahman dan Tom.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain