ISTERI kepada Shuib mendedahkan penyampai radio Suria FM itu sanggup menyewa sebuah hall pawagam ketika pertama kali mereka keluar bertemu janji. Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, 35, berkata, perkara itu dilakukan Shuib sebagai memulakan langkah untuk bertemu dengannya dan itu merupakan kali pertama mereka bertentang mata. "Selepas kami bermesej-mesej, dia ada hubungi saya tanya bila boleh berjumpa. "Bila saya kata boleh, terus dia sewa satu pawagam. Kau rasa? Masa itulah perkenalan kami bermula, bertentang mata," katanya. Watie dan Shuib berkahwin pada Jun lalu. Watie berkongsi perkara itu selepas mendapat pertanyaan daripada peminat mengenai pengalaman pertama kali bertemu dengan Shuib di Instagram miliknya. Imbau Watie lagi, pada pertemuan itu dia masih mengingati minyak wangi yang dipakainya berbau semerbak. Selepas pertemuan itu, dia dan Shuib semakin dekat malah dia juga lebih mudah berbalas mesej penyampai radio berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah dah lama kenal Shuib sebelum pemergian Siti Sarah... Watie tunjuk bukti suami hantar DM mengurat ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak tuduh isteri Shuib mandul, Watie Hanafiah tetap syukur ada 4 anak tiri "Masa pertemuan pertama itu, dia wangi! Selepas itu, barulah kami berkenalan dengan lebih dekat. "Kalau sebelum ini lambat balas mesej tapi selepas jumpa, ada daya tarikan lajulah sikit kita balas mesej dia," katanya. Dalam pada itu, Watie menyifatkan Shuib seorang yang kelakar pada awal perkenalan mereka namun pelawak itu sebenarnya seorang yang tegas. "Bila berborak dia kelakar, kita pula suka gelak. Shuib dan Watie bersama dua anak mereka iaitu Talita dan Matin. "Masa berkenalan dia kelakar, dah lama kenal dia garang," jelasnya. Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian Allahyarham isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!