suria

Dipuji sentiasa jaga batas, Tomok tahu ‘limit’ atas pentas

Tomok sentiasa menjaga batas semasa persembahan.

DIPUJI sebagai artis yang sentiasa menjaga batas pergaulan, penyanyi Tomok memberitahu dia sangat menitikberatkan perkara itu sepanjang dirinya berkecimpung dalam karier seni.

Kata Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 39, sejak dahulu lagi dia meletakkan had berhubung perkara itu dan cuba sehabis baik menjaga pergaulannya semasa berada di atas pentas.

"Saya sendiri semasa membuat persembahan, saya kena tahu sampai mana limit yang saya boleh buat.

Tomok 1

Tomok sentiasa menjaga batas dalam persembahannya.

"Saya memang dari dulu lagi menitikberatkan benda ini. Memang perlu jaga," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun penyanyi itu berkata dia tidak mahu mengulas dengan lebih mendalam kerana bimbang kenyataanya kelak memakan diri.

"Susah nak kata (untuk menjaga batas), takut patah dekat diri saya. Saya cuba jaga sebaik mungkin," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Takkan tak tahu hukumnya haram?” - Aksi mesra pegang tangan Misha Omar kena kecam, Naqiu tampil mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Zamani, Tomok dan Ezad Lazim antara 6 peserta Hot Seat terpilih bertanding dalam All Stars Gegar Vaganza

Mengulas komen netizen membandingkan dirinya dengan Naqiu yang sebelum ini bersentuhan dengan Misha Omar semasa melakukan persembahan di Konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Tomok berpendapat perkara tersebut tidak wajar diperbesarkan.

Malah, tindakan Naqiu membuat permohonan maaf sejurus persembahan adalah satu usaha berani dan wajar diberikan pujian.

"Bagi saya, masing-masing ada cara (persembahan) tersendiri dan saya pasti Naqiu pun sudah minta maaf. Saya rasa benda ini semua orang ada kekhilafan yang mereka buat.

Saya memang dari dulu lagi menitikberatkan benda ini. Memang perlu jaga

TOMOK

PENYANYI

"Saya pun hormat dan puji dekat dia (Naqiu) sebab mohon maaf. Ini perkara baik yang kita kena puji," ujarnya.

Sebelum ini, persembahan Naqiu di ASGV menerima kecaman hebat netizen susulan didakwa mempamerkan kemesraan yang disifatkan melampaui batas bersama pasangan duetnya, Misha Omar.

Naqiu ketika menyampaikan lagu Aku dan Dirimu nyanyian asal Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari dilihat berpegangan tangan dengan Misha yang mana tidak sesuai memandangkan kedua-duanya sudah pun berkahwin.

Tomok 2

Tomok tidak mahu dirinya dibanding-bandingkan dengan orang lain.

Terdapat juga netizen yang membanding-bandingkan dan berpendapat Naqiu sepatutnya mencontohi setiap persembahan yang ditunjukkan oleh Tomok kerana tidak melakukan babak mesra bersama wanita lain di atas pentas.

Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 37, bagaimanapun mengaku kesilapan yang dilakukan selain memohon maaf atas aksi yang dianggap keterlaluan itu.

Naqiu juga meletakkan semua kesalahan yang diperkatakan netizen sepenuh di atas bahunya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain