GITAR milik anggota kumpulan Sheila On 7 iaitu Eros berjaya dijual dengan harga RM11,000 ketika bidaan dibuat menerusi konsert Tombo Ati Ridho Illahi Opick dan Salman Al Jugjawy yang berlangsung pada malam Sabtu. Gitar yang ditandatangan sendiri oleh Eros, Opick dan Salman itu pada awalnya dilelong pada harga RM3,000 dan hasil jualan itu akan disalurkan kepada tabung bantuan Palestin. Alat muzik berwarna hitam itu berjaya dibida oleh pengurus kepada pelakon Nur Fazura iaitu Iman Tang. Opick (kanan) membawa gitar milik Eros. "Alhamdulillah, tak sia-sia saya bawa gitar ini jauh dari Jogjakarta, terima kasih," kata Salman yang juga bekas anggota kumpulan Sheila On 7. Konsert berkenaan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Dipuji sentiasa jaga batas, Tomok tahu ‘limit’ atas pentas ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar artis muda contoh, dalam sibuk masih sempat turun padang bantu misi kemanusiaan ke Gaza Sementara itu, konsert ketuhanan itu turut menampilkan beberapa persembahan artis tempatan iaitu Amir Masdi, Zizi Kirana, UNIC, Nur Fazura, Adi Priyo dan Yabang Khalifah. Lebih menarik, konsert itu turut menampilkan alunan selawat daripada pelajar-pelajar tadika Al-Kauthar Eduqibs. Opick hadir bersama Salman menghiburkan peminat Malaysia. Kemunculan Salman dalam konsert itu turut menjadi perhatian apabila bekas pemain gitar Sheila On 7 itu tidak pernah tampil membuat mana-mana persembahan selepas keluar daripada kumpulan terkenal itu. Persembahan di Kuala Lumpur adalah kemunculan pertamanya dan Salman sempat menyanyikan lima buah lagu termasuk Sephia yang diubah liriknya ke arah ketuhanan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!