suria

Syafinaz tegur baju ketat ganggu persembahan, Tok Ram puji usaha Nikki Palikat nyanyi lagu dangdut

Persembahan genre dangdut Nikki kurang menjadi.

PERSEMBAHAN Nikki Palikat pada minggu kelapan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) mendapat kritikan juri apabila nyanyiannya sumbang ketika menyampaikan lagu berjudul Semakin Rindu Semakin Asyik.

Juri tetap Datuk Syafinaz Selamat berpendapat pemilihan pemakaian yang tidak sesuai dan ketat menganggu persembahannya dan meminta Nikki lebih berhati-hati terhadap aspek tersebut.

"Saya tidak pasti kalau baju itu ketat ke apa. Minggu ini saya tidak tahu apa punca menyebabkan nyanyian awak agak kurang.

nikki palikat 1

Persembahan Nikki kurang memikat hati juri.

"Kalau minggu lepas disebabkan baju ketat. Tolong lepas ini, jangan pakai baju yang ketat sangat," katanya.

Dalam pada itu, Datuk Ramli MS pula berkata, sebagai seorang penyanyi berpengalaman sumbang dalam nyanyian tidak sepatutnya berlaku.

Ramli atau Tok Ram bagaimanapun tetap memuji Nikki memandangkan sebelum ini dia tidak pernah menyanyikan lagu genre dangdut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramli MS tiada anak emas dalam ASGV, hanya yang layak terus kekal bertanding

ARTIKEL BERKAITAN: Fikiran Ezad Lazim terganggu sebelum persembahan, tak sedap hati kawasan rumah naik air... Ada hikmah tersingkir ASGV

"Asas penyanyi tidak boleh sumbang. Kena 'hold' melodi itu. Tugasan ini diberi kepada awak adalah untuk belajar.

"Saya okay dengan persembahan ini. Satu percubaan yang bagus," komennya.

nikki palikat 2

Nikki menerima baik komen juri.

ASGV pada minggu kelapan ini menampilkan 10 peserta yang ingin merebut gelaran juara.

Untuk rekod, ASGV bersiaran selama 12 minggu sementara malam akhir program realiti itu akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain