suria

[V] Naluri keibuan jadi kacau, Fasha Sandha sekat IG kongsi kekejaman Israel terhadap kanak-kanak di Gaza

FS

PELAKON Fasha Sandha bertindak menyekat akaun mana-mana individu di Instagram yang membuat hantaran berkenaan kekejaman rejim zionis terhadap penduduk di Gaza terutamanya melibatkan kanak-kanak.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata, sebagai ibu kepada tiga cahaya mata dia tidak tergamak melihat gambar atau foto kesengsaraan terpaksa dihadapi mereka kerana ia akan menganggu emosinya.

"Saya tidak begitu arif untuk bercakap tentang isu keagamaan, saya tidak sempurna untuk mengulas.

"Ada keterlaluan kongsi fasal bayi sampai kadang-kadang benda itu kacau emosi saya untuk menjalankan tugas di set penggambaran dan aktiviti harian lain," katanya.

FS

Fasha akan menyekat mana-mana individu yang berkongsi tentang kekejaman terhadap kanak-kanak di Palestin.

Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui media semasa pembukaan cawangan ketiga butik Al Faro di Shah Alam pada Ahad.

Dalam pada itu, Fasha juga tidak selesa untuk mengulas mengenai kempen boikot produk-produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Katanya, dia lebih selesa berdiam diri kerana bimbang kenyataan dikeluarkan akan disalah anggap sesetengah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Program Faith4Palestine berjaya kumpul RM43,806.21, Faizal Tahir lelong barang peribadi termasuk trofi AJL - “Sayang tapi cara belajar melepaskan”

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian sumbang Fazura dapat kecaman, netizen suruh fokus berlakon sahaja

"Saya tidak mahu kata saya boikot atau tak. Saya kena jaga hati orang yang memboikot dan mereka yang diboikot," katanya.

Tambah Fasha, dia tidak dapat mengelak daripada berasa kasihan terhadap pekerja yang bekerja dengan syarikat diboikot sekiranya mereka hilang punca pendapatan.

"Kalau mereka (pekerja) ditempat yang diboikot ini hilang pekerjaan, di mana mereka ingin bekerja?

Ada keterlaluan kongsi fasal bayi sampai kadang-kadang benda itu kacau emosi saya.

FASHA SANDHA

PELAKON

"Pada saya, mereka juga perlukan pekerjaan. Adakah semudah itu dia nak cari kerja lain? Mereka ada keluarga untuk ditanggung.

Bukan senang nak cari kerja sekarang ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fasha menyifatkan pembukaan butik ketiga Al Faro menunjukkan jenama itu berada di landasan yang tepat.

Al Faro

Fasha melancarkan butik ketiga Al Faro di Shah Alam.

Tambah Fasha, dia akan memberikan komitmen sepenuh hati untuk bekerja bersama syarikat-syarikat yang menjadikannya sebagai duta.

"Jika orang kata produk yang saya pegang akan laris, syukur Alhamdulillah. Sebagai duta, seperti biasa saya akan beri lebih 100 peratus komitmen.

"Saya seorang yang all out dan pada saya bila kita tak kedekut dan bahi lebih daripada sepatutnya, ia adakah perkara yang terbaik untuk jenama itu sendiri.

"Saya mahu bekerjasama dengan jenama yang saya wakili itu bersungguh-sungguh dan secara tak langsung kita sukses Bersama,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain