suria

Program Faith4Palestine berjaya kumpul RM43,806.21, Faizal Tahir lelong barang peribadi termasuk trofi AJL - “Sayang tapi cara belajar melepaskan”

Faizal menyerahkan sumbangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri.

PENYANYI Faizal Tahir berjaya mengumpul dana berjumlah RM43,806.21 menerusi acara Faith4Palestine yang berlangsung di Petaling Jaya pada petang Ahad.

Walaupun dirancang dalam tempoh singkat, Faizal atau Ahmad Faizal Muhammad Tahir, 45, bersyukur program tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai yang ingin sama membantu mangsa perang di Palestin ketika ini.

"Memang tak sangka dapat sambutan luar biasa begini. Saya pun sebenarnya kurang yakin sebab acara ini dirancang dalam masa singkat.

WhatsApp Image 2023-11-12 at 4.35.53 PM

Faizal bersyukur program yang diadakan saat akhir ini membuahkan hasil demi membantu mangsa perang di Gaza.

"Saya boleh kata ini memang main langgar sahaja! Acara macam ini tak boleh nak tunggu lama. Apa lagi yang saya boleh buat? Inilah salah satu cara saya membantu," katanya kepada mStar.

Faizal memberitahu kesemua wang tersebut akan disumbangkan bagi membantu mangsa kekejaman rejim zionis di Gaza menerusi Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia.

Pada acara sama, Faizal turut melelong barang peribadi miliknya seperti pakaian, kasut, dua buah gitar termasuk trofi kemenangannya menerusi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 pada 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Tahir jual barang peribadi bantu saudara Islam, mahu beri kesedaran sejarah Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu jaga perasaan isteri, Faizal Tahir dah tak buat lagu ‘jiwang’

Selain itu, Faizal turut menjual 47 koleksi figura kesayangannya dan secara keseluruhan lelongan barang peribadinya itu berjaya mengumpul RM15,022.99 manakala jualan tiket sebanyak RM25,437.22.

Dalam pada itu, Faizal memberitahu tindakan melelong barang yang mempunyai nilai sentimental adalah satu cara mengajarnya melepaskan sesuatu berharga.

"Piala AJL itu saya dapat ketika lagu Assalamualaikum jadi juara... Itu juga kali terakhir saya sertai pertandingan tersebut. Manakala salah satu gitar itu adalah pemberian isteri.

Apa lagi yang saya boleh buat? Inilah salah satu cara saya membantu.

FAIZAL TAHIR

PENYANYI

"Trofi AJL paling berat untuk saya lepaskan, yang lain-lain itu saya tiada maslah. Inilah cara kita belajar untuk melepaskan.

"Banyak lagi koleksi peribadi cuba tak sempat nak senaraikan. Mungkin saya akan jual pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, menerusi acara sama, Faizal turut mengadakan sesi perkongsian tentang kisah Palestin bersama aktivis Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri.

WhatsApp Image 2023-11-12 at 4.36.24 PM

Faizal turut menampilkan enam orang anaknya di atas pentas.

Faizal juga sempat menyampaikan beberapa buah lagu bagi menghiburkan pemiant selain berduet dengan penyanyi jemputan iaitu Syamel.

"Muzik adalah sesuatu yang sentiasa orang cari. Inilah masanya untuk gunakan bakat dan kreativiti untuk buat kebaikan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

"Sebagai artis kita kena gunakan segala yang ada untuk cari manfaat. Semoga ia menjadi kebaikan buat semua," katanya.

Program itu bertambah istimewa apabila buat pertama kali Faizal menampilkan enam orang anaknya menyanyi bersama di atas pentas.

Artikel Lain