suria

Mahu bawa bukti hantaran IG ke mahkamah, bekas isteri Hafidz Roshdi anggap ‘Seekor Murtabak’ sudah dedah identiti sendiri

Shuhada tetap tenang diganggu dari orang tidak dikenali.

BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi mempersoalkan tindakan seorang pengguna Instagram dikenali sebagai Seekor Murtabak yang meminta dia tidak memadam hantaran dibuat di media sosial itu bagi dijadikan bukti di mahkamah syariah.

Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berkata, tindakan pemilik akaun tersebut sebenarnya secara tidak langsung telah mendedahkan identitinya tanpa sengaja.

"Katanya mereka tidak merentan dan juga hanya berdiam diri, dikatakan tiada kena mengena dibelah Shu juga sebelah sana.

Shuhada menyifatkan pengguna Instagram

Ketika ini dua Humairah dan Umar dibawah jagaan Shuhada.

"Tiba-tiba mahu tangkap layar dan gunakan di mahkamah, persoalannya siapkah Seekor Murtabak ini?," katanya.

Shu berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan tangkap layar kenyataan pemilik akaun berkenaan.

Dalam tangkap layar tersebut, Seekor Murtabak mahu menunjukkan bukti bahawa Shu tidak mempunyai masa menjaga dua anaknya sehingga perlu menamakan ibunya sebagai penjaga kedua dalam perbicaraan hadanah kekal yang masih berjalan di Mahkamah Syariah Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada bukan lagi wanita bodoh, jawab tuduhan gila glamour sampai abai anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan bulan elak masak sambal sotong, Shuhada takut menangis teringat Hafidz Roshdi... “Ini lauk kegemaran dia”

Malah individu berkenaan turut menuduh Shuhada sebagai seorang wanita tidak beradab kerana mengatakan sesuatu yang tidak elok.

"Kau memang tak ada adab ke cakap benda-benda lucah dekat sini? Kalau mahkamah nampak ini memang boleh jadi bukti.

"Jangan padam ya, aku nak tangkap layar jadikan bukti," tulis individu tersebut.

Shu

Komen ditinggalkan Seekor Murtabak di Instagram Shuhada.

Perbicaraan tuntutan hadanah itu ditangguhkan pada 23 Januari 2024 selepas pelakon itu ingin meneliti terlebih dahulu permohonan Shuhada meletakkan ibunya sebagai penjaga kedua.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai pada 22 Februari lalu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain