DITUDUH kononnya ingin dilihat setaraf dan pengganti kumpulan pelawak Senario, personaliti media sosial Ryan dan Adam Bakery dengan tegas menyangkal dakwaan berkenaan. Kata Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, mereka menjadikan kumpulan Senario sebagai idola dalam menyusun perjalanan karya seninya. "Saya baca komen tersebut... tapi saya pelik dengan pemahaman dia orang yang mengatakan saya nak sama tahap dengan Senario. Eh, jauh panggang dari api! Ryan dan Adam sudah lama mengidolakan Senario. "Fahaman mereka salah. Kami idolakan Senario dan nak jadi macam mereka yang ada kisah rakyat ada lagu-lagu rakyat. Bukan sama level dengan mereka," katanya kepada mStar. Menurut Ryan, kumpulan berkenaan menjadi pencetus idea untuk dia dan adiknya iaitu Ryan Bakery menghasilkan pelbagai konten memaparkan kisah sebenar masyarakat. Malah mereka juga menyimpan hasrat untuk menghasilkan lagu mahupun filem pendek yang mengangkat kisah rakyat. ARTIKEL BERKAITAN: Tajam mata netizen! Garisan jahitan disangka puting payudara, Adira perjelas pakaian guna material PVC ARTIKEL BERKAITAN: Syaiful dan Sharif Zero juara minggu kelima FD3, dapat ‘perfect 10’ daripada juri "Saya suka yang ada kisah rakyat dan konten saya pun macam itu yang mengisahkan tentang rakyat. Mana tahu satu hari nanti saya boleh buat filem pendek ke saya akan mulakan dengan kisah rakyat. "Komen yang elok kita ambil... yang tidak membina ini kita buang tepi sajalah," ujarnya. Sementara itu, kedua beradik ini turut mengakui puas apabila dapat melakukan persembahan terbaik pada minggu kelima FD3. Meskipun tidak berjaya mengumpulkan kesemua ahli Senario berkenaan namun dua beradik itu mengakui cukup terharu apabila menerima pelbagai nasihat dan pesanan dari ahli kumpulan tersebut. Komen yang tidak membina ini kita buang tepi jelah. RYAN BAKERY PERSONALITI MEDIA SOSIAL "Kalau ikutkan kami memang nak bawa ketujuh-tujuh ahli Senario ada tapi ada yang sibuk dan hanya Abang Azlee dan Yassin sahaja. "Lebih istimewa apabila Abang Wahid siap hantar video minta maaf sebab tak dapat ikut serta dan dia juga bagi kata-kata semangat buat kami. Sama juga dengan Abang Saiful Apek dan Pak Ya sebab mereka di luar kawasan," ujarnya. Pada minggu kelima FD3, Sharif dan Syaiful Zero kembali menjadi juara mingguan selepas berjaya mencuri perhatian juri dan memperoleh markah sebanyak 73.9 peratus sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. Ryan dan Adam puas hati bawa Senario bersama di persembahannya. Manakala Ryan dan Adam mendapat tempat kedua dengan markah 63.5 peratus diikuti Tom dan Fuad Rahman dengan 60 peratus. Sementara itu, Adira dan Emma Suhaimi (54.8), Haqiem dan Ariff (51.2) serta Syahir dan Shila Amzah (36.7). FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!