suria

Mimi Lana bida lukisan Ustazah Asni Mansor, hasil jualan RM3,600 disumbangkan kepada Palestin

Mimi Lana membida lukisan canvas untuk disalurkan ke Palestin.

SEBAGAI tanda sokongan kepada Palestin, pelakon Mimi Lana berjaya membida sebuah lukisan dengan harga RM3,600 untuk disalurkan kepada negara sedang bergolak itu.

Lukisan kanvas peta Palestin itu merupakan hasil tangan Ustazah Asni Mansor.

Bidaan lukisan itu pada awalnya dibuka dengan harga RM3,000.

Menurut Ustazah Asni, kesemua wang yang diperoleh tersebut akan disalurkan ke Tabung Cinta Gaza.

Mimi Lana 1

Mimi menyalurkan sebanyak RM3,600 kepada Palestin denga membeli lukisan kanvas.

Lelongan tersebut dilakukan semasa majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelakon, Betty Rahmad pada malam Selasa.

Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 27, dalam satu hantaran di Instagram berkata penganjuran majlis agama itu membolehkan mereka berkongsi ilmu dan penyertaannya memberikan pengalaman cukup indah.

"Terima kasih Betty Rahmad kerana menjemput saya dan menganjurkan majlis bacaan Yassin untuk saudara kita semua di Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura kering air mata lihat penderitaan anak-anak Gaza... Mimi Lana turun Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin bantah kezaliman Israel

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pertalian darah, pengarah Din Glamour bukan bapa kandung Mimi Lana

"Majlis semalam (Selasa) disusuli Majlis Tausiyah bersama Ustazah Asni Mansor.

"Ia merupakan majlis perkongsian yang indah dan saya mempunyai pengalaman yang sangat berharga. Alhamdulillah," ujarnya pada Rabu.

Selain Mimi, selebriti lain yang turut hadir ialah Nora Danish, Azira Shafinaz, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan ramai lagi.

Mimi Lana 2

Mimi antara artis yang lantang bersuara berkenaan Palestin.

Mimi merupakan selebriti yang lantang bersuara berkenaan isu Palestin dan Israel ini.

Selain banyak membuat hantaran di Instagram, Mimi juga menghadiri Perhimpunan Malaysia Solidariti bersama Palestin yang diadakan pada 24 Oktober lalu.

Menurut pelakon itu, kehadirannya adalah sebagai usaha untuk menunjukkan tanda sokongan dan solidariti terhadap Palestin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain