suria

Kru produksi panggil ibu Puteri Balqis penagih, sambung caci lepas solat... Selebriti berpengaruh pula tawar RM5,000 berlakon lapar

Balqis menulis nukilan tentang pengorbanan dilakukan ibunya.

PELAKON Puteri Balqis mendedahkan ibunya pernah dituduh sebagai penagih dadah selain digelar pelacur oleh kru produksi suatu ketika dahulu.

Balqis atau Puteri Balqis Aziz, 16, berkata, dia menjadi saksi bagaimana ibunya Norashikin Mohd Aziz dimalukan malah dia sendiri pernah menjadi sasaran kebencian mereka di set penggambaran.

"Mak masih ingat kru-kru produksi pondan wardrobe dan solekan yang sebarkan cerita mak penagih?

"Berbulan shooting, kakak (panggilan Balqis) dipanggil anjing, babi, monyet. Mereka ketawakan mak ramai-ramai, dijerit pelacur waktu tengah makan.

Perkongsian Balqis di Instagram miliknya.

Perkongsian Balqis di Instagram miliknya.

"Lepas mereka solat, mereka sambung maki hamun kakak, hina mak sepanjang mak berjalan," katanya.

Balqis berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran panjang lebar mengenai kisah silam dia dan ibunya yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Balqis turut mendedahkan mereka pernah menjadi mangsa seorang selebriti berpengaruh yang cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan dihadapi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 14 tahun cari fasal, Puteri Balqis tanya menang anugerah apa - "Tolong jangan bagi aku satu set dengan dia"

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak reviu produk besarkan payudara dan punggung, Puteri Balqis mohon maaf - "Saya bawah umur"

Jelas Balqis, selebriti berkenaan mahu menggunakan mereka sebagai content di media sosial dan ditawarkan RM5,000 dengan syarat dia perlu berakon menjadi susah dan mengikut semua arahan mereka.

"Mereka rakam video kakak jual buku bersama anak lelakinya dengan alasan mahu anaknya belajar erti susah. Mereka tak hantar kita balik tapi bawa ke rumah mereka yang sebesar istana.

"Bila kita masuk, kamera sudah siap dipasang... Kita ditanya pelbagai soalan yang kita sendiri buntu untuk jawab. Semua jawapan yang boleh menjatuhkan kita dimuat naik di YouTube.

Balqis pernah menerima cacian dan hinaan di set penggambaran drama.

Balqis pernah menerima cacian dan hinaan di set penggambaran drama.

"Esoknya PA (pembantu peribadi) dia datang pujuk dan tawar nak beri RM5,000 sebulan dengan syarat saya kena berlakon lapar, naik kereta api seorang diri jual buku.

"Selama video itu viral di YouTube, mereka akan beri kami RM5,000 sebulan," dedahnya.

Tambah Balqis, walaupun kehidupannya tiada perlindungan dan kasih sayang namun dia berjanji akan menjadi anak yang baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain