suria

Hidup dan jiwa rasa kosong selepas pemergian bapa, kehadiran anak ubah diri Remy Ishak

Hidup Remy kembali ceria selepas kehadiran anak pertamanya.

PELAKON Remy Ishak mendedahkan hidupnya menjadi sunyi selain berasa kosong selepas kematian bapanya empat tahun lalu.

Namun kata pemilik nama sebenar Mohammad Zalimie Ishak, 41, kehidupannya itu berubah dan kembali ceria selepas kelahiran putera sulungnya iaitu Tuah Alam pada Julai lalu.

"Ada satu waktu dalam hidup aku rasa kosong... Selepas arwah ayah pergi tinggalkan dunia, bertambah kosong rasanya hidup dan jiwa aku.

Remy 1

Remy mula mendedahkan wajah anaknya pada Rabu lalu.

"Tapi bila Tuah lahir semuanya berubah," katanya.

Remy berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di TikTok miliknya.

Menerusi video sama, pelakon tersebut turut berkongsi detik-setik indah bersama Tuah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas lebih 3 bulan timang anak sulung, akhirnya Remy Ishak dedah wajah Tuah Alam

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak menahan rindu, dah seminggu tak jumpa anak... “Baru saya tahu perasaan berjauhan itu”

Dalam pada itu, Remy turut berjanji akan berusaha menjadi seorang bapa yang baik kepada anaknya itu.

"Insya-Allah, ayah akan jadi versi terbaik dalam diri sebagai seorang ayah... Ayah sayang Tuah," ujarnya.

Remy 2

Remy dan Ezza Yusof berkahwin pada 21 Ogos 2021.

Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.

Untuk rekod, bapa Remy iaitu Ishak Idris meninggal dunia pada 21 Disember 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain