suria

Kenyataan Universal Music Group disalah erti, bersifat natural dan mahu keamanan

Hermond bersama Universal Music Malaysia pilihkan kedamaian.

SYARIKAT rakaman Universal Music Malaysia percaya kenyataan dikeluarkan oleh Universal Music Group (UMG) berhubung konflik Israel-Palestin bersifat natural dan bukannya menyebelahi mana-mana pihak.

Pengarah A&R dan Pemasaran Universal Music Malaysia, Hermond Cheng menjelaskan pihaknya yakin kenyataan tersebut disalah erti sehingga ia dilihat seolah-olah memberi sokongan terhadap sebelah pihak.

"Kalau mengikut kenyataan Universal Music Group, ia tidak menyokong mana-mana negara tapi lebih memilih untuk peperangan dapat dielakkan... Natural sahaja.

Snapinsta.app_318526979_511887614037222_212015277874495378_n_1080

Hermond syukur artis bawah naungan Universal Music Malaysia tidak diboikot.

"Apa yang penting kita perlukan keamanan dan kami juga tidak menyukai peperangan," katanya kepada mStar.

Hermond berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara pra dengar album sulung Dolla berjudul New Classic yang berlangsung di Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Hermond meluahkan rasa syukur apabila artis-artis di bawah naungan di Malaysia tidak diboikot susulan kenyataan dikeluarkan UMG.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tangguh rancangan adakan konsert, terkejut kenyataan Universal Music Group isu Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Universal Music strengthened its position as top record company in Malaysia

Kata Hermond, setiap orang berhak untuk mencari rezeki dalam apa jua cara.

"Bagi saya tak payah (boikot) kerana setiap orang mencari rezeki sendiri. Kenapa nak boikot?

"Saya syukur artis-artis di bawah naungan Universal Music Malaysia tidak diboikot oleh peminat-peminat mereka," katanya lagi.

Sebelum ini, perkongsian UMG di laman sosial mengundang kecaman ramai termasuk peminat artis yang bernaung di bawah syarikat tersebut apabila syarikat itu mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyalahkan serangan tentera Hamas terhadap Israel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain