suria

Bunkface tarik diri, Ernie dan Syamel muncul dalam Konsert Patah Hati 2.0

Ernie dan Syamel menggantikan Bunkface pada Konsert Patah Hati 2.0

ATAS permintaan ramai penyanyi Ernie Zakri bakal membuat kemunculan semula dalam Konsert Patah Hati 2.0 yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 23 November ini.

Lebih menarik lagi, Ernie tidak keseorangan sebaliknya turut bakal membawa rakan duet yang juga suaminya, Syamel.

Perkara ini disahkan oleh penganjur iaitu ANS Diversified Sdn Bhd.

"Berita baik buat semua peminat Ernie dan Syamel kerana mereka berdua akhirnya bersetuju menyertai Konsert Patah Hati 2.0.

Ernie 1

Ernie dan Syamel setuju untuk membuat kemunculan semula pada Konsert Patah Hati 2.0

"Sebelum ini Ernie tidak dapat memberikan persetujuan kerana jadualnya yang padat ditambah dengan pelancaran album terbaharunya Aura.

"Namun atas permintaan luar biasa peminat, Ernie dan Syamel akhirnya setuju kembali ke pentas Patah Hati 2.0," kata pengarah konsert, Ahmad Faizal Zulkifli kepada mStar.

Bagaimanapun kata Faizal, kumpulan Bunkface terpaksa mengundurkan diri daripada konsert itu atas sebab tidak dapat dielakkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar masuk hospital diserang demam viral, peminat risau konsert solo Sabtu ini

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tangguh rancangan adakan konsert, terkejut kenyataan Universal Music Group isu Palestin

"Pihak kami memohon jutaan maaf kepada semua peminat di atas apa yang berlaku kerana ia sangat di luar jangkaan," ujarnya.

Mengulas mengenai sekuel konsert itu, Faizal berkata, ia mendapat sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) Persembahan Muzik daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital melalui MyCreative Ventures.

Tambahnya, Konsert Patah Hati 2.0 bertemakan neon bagi menyemarakkan lagi suasana pada malam persembahan itu nanti.

Ernie 2

Bunkface terpaksa menarik diri atas sebab tertentu.

“Tema Neon dipilih kerana ia menggambarkan cahaya indah, kepelbagaian rona serta keunikan genre-genre muzik yang ditonjolkan artis dalam konsert kali ini,” katanya.

Tiket-tiket Konsert Patah Hati 2.0 kini masih dibuka dengan tawaran istimewa 50 peratus dan boleh didapati di laman sesawang www.ticket2u.com.my.

Untuk info, Konsert Patah Hati 2.0 turut menampilkan Naim Daniel, Aisha Retno, Nadeera, Neeta dan Ismail Izzani.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain