suria

Selepas tolak segala cuti, Mohamed Ya'acob akhirnya bebas bermula hari ini akibat bunuh Along Spoon

Pembunuh Along Spoon sudah bebas.

INDIVIDU yang didapati bersalah membunuh penyanyi era 90-an Along Spoon iaitu Mohamed Ya'acob Demyati dibebaskan daripada Penjara Kajang pada Khamis selepas Mahkamah Persekutuan meminda hukuman penjara seumur hidup kepada 33 tahun.

Perkara itu disahkan peguam Che Muji Che Noh yang memberitahu pembebasan itu dibuat selepas menolak cuti umum sepanjang 23 tahun tertuduh dipenjarakan.

"Insya-Allah dia (Ya'acob) bebas hari ini, 33 tahun penjara daari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000.

a

Ya'acob dilaporkan telah bebas.

"Satu pertiga daripada cuti dan lain-lain bermakna dia sudah menjalani hukuman penjara 33 tahun," katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan meminda hukuman penjara seumur hidup kepada pemenjaraan 33 tahun terhadap bekas anggota polis itu.

Terdahulu, seramai dua belas banduan termasuk Ya’acob terlepas daripada hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas mahkamah tertinggi itu menukarkannya kepada penjara 30 tahun dan ke atas serta sebatan.

Ya'acob turut terlepas hukuman sebatan atas faktor usia kerana berumur lebih 50 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Hukuman penjara seumur hidup pembunuh Along Spoon dipinda, bebas lagi 10 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Ini reaksi bapa Along Spoon, hukuman pembunuh anaknya dipinda

Mengikut pertuduhan, Mohamed Ya'acob yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ketika itu, didakwa membunuh Sabi'ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, jam 1 pagi 26 Disember 1999.

Along Spoon yang popular dengan lagu Rindu Serindu Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 sebelum polis menemui rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

Pada 2 November 2010, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir dibuat Ya'akob dan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya.

Bagaimanapun hukuman itu diringankan kepada penjara seumur hidup selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain