suria

Sharnaaz Ahmad bebas tuduhan cedera pak guard, janji tak cetus masalah lagi

Sharnaaz didapati tidak bersalah atas dakwaan kes pukul.

PELAKON Sharnaaz Ahmad dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada pagi Jumaat atas pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium pada 16 Jun 2022.

Keputusan itu susulan Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, mengemukakan representasi mengugurkan tuduhan berkenaan pada 2 Mei lalu.

Mengulas mengenai keputusan itu, Sharnaaz meluahkan rasa syukur selain berjanji tidak akan mencetuskan sebarang masalah lagi selepas ini.

"Assalamualaikum saya di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengikuti kes saya dengan rapat.

Sharnaaz mengucapkan terima kasih buat semua yang menyokongnya.

Sharnaaz mengucapkan terima kasih buat semua yang menyokongnya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dua orang kuat iaitu peguam saya yang menyokong saya sejak tahun lepas.

"Alhamdulillah hari Jumaat, kes saya sudah selesai. Insya-Allah saya tidak buat hal lagi," katanya.

Sharnaaz berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz kecewa keputusan representasi ditangguh November depan, akui kes mahkamah ganggu urusan seharian

ARTIKEL BERKAITAN: "Kali ini saya buat habis-habisan..." - Sharnaaz Ahmad minta semua bersatu, boikot produk dan perkhidmatan ada kaitan Israel

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak selain wang jaminan turut dikembalikan.

Sharnaaz diwakili peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Datuk Abu Bakar Isa Ramat.

Sebelum ini, Sharnaaz dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas Kuala Lumpur pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Pelakon itu dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain