suria

Tarik diri ASGV bukan pilihan! Jaclyn Victor 2 hari tak bercakap, masalah laryngitis semakin pulih 

Masalah laryngitis yang dihadapi Jaclyn kini beransur pulih.

PENYANYI Jaclyn Victor tidak bercakap selama dua hari susulan mengalami masalah kehilangan suara bagi memastikan dapat berentap di minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad ini.

Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 45, berkata, dia juga mengambil pelbagai ubat-ubatan selepas berjumpa doktor dalam usaha memastikan masalah Laryngitis dihadapinya beransur pulih.

"Saya gembira untuk beritahu keadaan saya sekarang bertambah baik selepas berjumpa dengan doktor.

Jaclyn 1

Jaclyn semasa memaklumkan tiada suara kepada media.

"Saya mengambil segala ubat diberikan dan saya berehat selain tidak bercakap selama dua hari," katanya.

Jaclyn berkongsi perkembangan terkini kesihatannya itu menerusi Instastory pada Jumaat.

Dalam pada itu, Jaclyn berkata, dia tersentuh dan berterima kasih atas keprihatinan orang ramai terhadap masalah dihadapinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang suara! Jaclyn Victor tak boleh bercakap, terpaksa taip guna ‘handphone’ untuk komunikasi

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ambil hati usikan Nabil Ahmad, Jaclyn Victor sendiri rasa busana ‘punggung’ Kim Kardashian kelakar

"Saya sangat tersentuh dengan keprihatinan semua yang mesej dan mendoakan saya terutama sekali peminat-peminat, rakan media dan juga kawan kawan artis.

"Terima kasih untuk semua ucapan yang menggalakkan. Kita positif ya. Jac akan kembali!" ujarnya.

Sementara itu, dalam hantaran lain, Jaclyn juga memaklumkan dia akan terus meneruskan perjuangannya dan tidak akan menarik diri dalam program ASGV.

Jaclyn 2

Sakit tidak menghalang Jaclyn untuk berikan persembahan terbaik semasa ASGV.

"Tidak kira apa pun, the show must go on!" katanya.

Pada Selasa, Jaclyn mendedahkan dia mengalami masalah Laryngitis sehingga menyebabkan dirinya kehilangan suara dan sukar untuk bercakap.

Pengurusnya, Zulaikha memberitahu kesihatan Jaclyn mula terganggu sejak 7 November lalu namun masih meneruskan persembahan di minggu kelapan ASGV.

Masalah itu bertambah teruk selepas itu apabila suaranya mula hilang dan sukar bercakap.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain