suria

Nabila Razali dah kahwin... kini bergelar isteri ahli perniagaan

Nabila kini bergelar isteri Nik Iruwan.

PENYANYI dan pelakon Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Fawwaz.

nabila 2

Majlis pernikahan Nabila diadakan secara tertutup.

Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50 sementara wang hantaran dirahsiakan.

Meluahkan rasa syukur kini sudah bergelar isteri, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan urusan hari bahagianya itu.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lamaran bukan gimik, Nabila Razali kongsi tarikh nikah di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: “I said yes” - Nabila Razali kongsi foto dilamar teman lelaki, sahkan hubungan dengan Nik Iruwan

"Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya.

Majlis dihadiri kira-kira 250 orang itu bertemakan English Wedding.

nabila 3

Nik Iruwan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50.

Pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi ditempat sama pada sebelah petang.

Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman dan Hael Husaini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain