suria

Nabil Ahmad buat laporan polis, scammer sunting fotonya perdaya orang ramai buat pelaburan

Nabil harap orang ramai tidak terpedaya dengan penipuan.

PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad mendedahkan wajahnya telah disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab dipercayai bagi memperdaya orang ramai membuat pelaburan.

Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 40, berkata, dia juga sudah membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petling Jaya berhubung perkara itu kerana ia menjejaskan nama baik dan reputasinya sebagai seorang selebriti.

"Penggunaan imej dan wajah saya untuk sebuah artikel yang mengajak orang melakukan pelaburan. Ini adalah scam yang sedang berlaku sekarang ini.

"Saya sudah pun membuat laporan polis kerana ia memberi kesan kepada nama dan kerjaya saya," katanya.

nabil a

Nabil berharap orang ramai tidak terpedaya dengan scamer yang menggunakan fotonya.

Nabil berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin yang turut memaparkan fotonya telah disunting.

Hos All Stars Gegar Vaganza (ASGV) itu turut menunjukkan laporan polis yang sudah dibuat.

Dalam pada itu, Nabil berkata, ini bukan kali pertama dia kejadian seumpama itu berlaku sebaliknya wajahnya kerap disunting oleh pihak sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Siap makan dan tidur... Lelaki ceroboh rumah Nabil Ahmad didenda RM3,000

ARTIKEL BERKAITAN: “Ujian bila sampai, jangan main-main” - Nabil Ahmad minta jaga lisan komen isu artis buka tudung, takut berbalik diri sendiri

Kata Nabil dia bertindak mengambil tindakan kerana tidak mahu ada yang tertipu dengan muslihat scammer berkenaan.

Tambahnya, dia juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membersihkan namanya.

"Buat anda yang nampak benda ini walaupun ramai tahu ini scam tetapi ada juga rakan-rakan bertanya kepada saya.

nabil ahmad

Nabil menunjukkan fotonya yang disunting seolah-olah ditahan polis.

"Laporan sudah dibuat untuk bersihkan nama saya dan selepas ini saya akan ke SKMM pula untuk tindakan lanjut. Harap maklum ini adalah scam," jelasnya.

Menerusi ruang komen video berkenaan, ada warganet memaklumkan mereka juga pernah melihat penipuan sama melibatkan beberapa selebriti terkenal tanah air yang lain.

Mereka juga akan membantu melaporkan akaun tersebut sekiranya iklan mengenainya melintas di media sosial mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain