suria

Nadia Annuar kena samun di lampu isyarat! Tapi penyamun ‘langkah kiri’, hanya dapat RM50 dan beg gim

Nadia menjadi mangsa samun ketika berhenti di lampu isyarat.

PENGACARA Nadia Annuar berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa samun dua individu yang menunggang motosikal ketika berhenti di lampu isyarat di Jalan Imbi, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Nadia atau Nadia Shahrul Annuar, 39, berkata, kejadian berlaku dengan pantas sehingga dia tidak sempat melihat nombor pendaftaran motosikal berkenaan yang memecahkan tingkap keretanya.

"Saya ingatkan kereta kena langgar tapi tiba-tiba dengan pantas motosikal lalu dan saya tengok beg saya sudah tiada.

naida

Nadia memberitahu tidak mengalami kerugian besar akibat disamun.

"Saya dalam keadaan panik jadi saya tekan hon dua tiga kali... Semuanya terlalu cepat! Saya tak nampak pun nombor plat dia, rasanya peragut itu sudah biasa buat kerja ini dan bersedia sejak awal.

"Saya pun tak pasti dia dah lama ikut saya ke apa sebab beg saya berwarna hitam, jadi tak nampak sangat kalau difikirkan," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Dalam pada itu, Nadia berkata, sebagai tindakan segera sudah membuat laporan di balai polis berdekatan tentang kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Annuar dedah sudah bercerai, fokus diri sendiri sebelum cari pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak lagi berhijab, Nadia Annuar kongsi foto tanpa tudung di hari lahir... Minta jangan salahkan ibu

Nadia juga bersyukur kerana hanya mengalami luka ringan akibat terkena serpihan kaca cermin keretanya.

"Saya harap kejadian ini jadi peringatan buat semua... Nasib baik kaca tak masuk mata dan tak kena bahagian penting. Hanya calar kerana kaca itu merecik ketika pecah," jelasnya.

Sementara itu, Nadia berkata, dia tidak menanggung kerugian besar akibat kejadian itu kerana peragut berkenaan hanya sempat membawa lari dompet yang diletakkan dalam beg galasnya.

nadia

Nadia hanya mengalami kecederaan ringan.

Kata Nadia, peragut berkenaan mungkin berputih mata apabila mendapati hanya terdapat RM50 dalam dompetnya itu selain segera menyekat semua kad bank miliknya.

"Kerugian itu tak adalah sangat, dalam beg itu hanya ada alat solek dan dompet sahaja. Beg itu pun saya guna untuk ke gim.

"Rasanya paling mahal pun dompet Louis Vuitton kira-kira RM3,000, itu pun sudah lama saya beli. Duit pun mungkin ada RM50 sahaja.

"Tapi nasib baik juga telefon saya sambungkan dengan kabel kereta," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain