suria

Noryn Aziz gagal ke suku akhir All Stars Gegar Vaganza, masalah suara tak halang Jaclyn Victor dapat tempat pertama

Noryn Aziz gagal mara ke peringkat suku akhir ASGV minggu depan.

HASRAT penyanyi Noryn Aziz meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) musnah apabila diumumkan peserta tersingkir pada konsert minggu kesembilan yang diadakan pada malam Ahad.

Noryn atau Norazmahwati Abd Aziz, 47, tersingkir selepas mendapat kedudukan tercorot menerusi persembahan lagu Tegar nyanyian asal Rossa bersama penyanyi undangan Dia Fadila.

Persembahan itu gagal mencuri hati juri dan terpaksa akur dengan penyingkiran tersebut.

NA

Persembahan Noryn gagal menarik hati juri.

Juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat berkata, lagu yang dibawa Noryn agar sukar dinyanyikan bersama pasangan duet dalam mendapatkan vokal harmoni.

Malah Syafinaz turut menegur riak wajah Noryn yang dikatakan terlalu berkerut apabila menyanyikan nada tinggi.

"Saya nampak lagu ini melodinya mencabar untuk dinyanyikan secara harmoni.

ARTIKEL BERKAITAN: Tarik diri ASGV bukan pilihan! Jaclyn Victor 2 hari tak bercakap, masalah laryngitis semakin pulih

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana sanggup bersumpah, minta tunjuk bukti guna ilmu hitam kekal di ASGV

"Saya rasa anda berdua telah melakukan persembahan yang baik tapi kalau dapat 'main' dinamik kita akan lebih feel.

"Cuma saya nak pesan boleh tak menyanyi jangan berkerut. Kamu perlu lebih relaks,” katanya.

Sementara itu, Jaclyn Victor membuat kejutan apabila mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 82.8 peratus meskipun mengalami masalah suara sejak beberapa hari kebelakangan ini.

ds

Jaclyn mendapat markah tertinggi.

Manakala tempat kedua pula milik Tomok dengan 77 peratus dan Hady Mirza (73.25 peratus).

Penyanyi Tomok diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton.

ASGV yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) ada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain