suria

Juara lagi! Sharif dan Syaiful bawa pulang RM10,000 minggu ke-6 Famili Duo 3

Sharif dan Syaiful juara minggu keenam Famili Duo 3.

PASANGAN adik-beradik Sharif dan Syaiful menjadi juara minggu keenam Famili Duo musim ketiga (FD3) yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

Ini merupakan kali ketiga mereka bergelar juara mingguan.

Syarif dan Syaiful memperoleh markah sebanyak 71.3 peratus sekali gus membawa pulang hadiah mingguan wang tunai sebanyak RM10,000.

Pasangan duo itu menyanyikan lagu Bunyi Gitar nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee dan Di Renjis-Renjis (R. Ramli).

Snapinsta.app_404210874_18405516019053262_1398820178131820467_n_1080

Pasangan adik-beradik ini menunjukkan prestasi cemerlang.

Juri tetap yang juga komposer Ajai memuji persembahan keseluruhan mereka selain menyifatkan idea yang dibawa bagi menyampaikan dua lagu popular itu sebagai luar biasa.

"Sedikit kecacatan itu kami tak nampak sebab awak beri hiburan malam ini. Banyak yang awak beri malam ini.

"Macam mana awak boleh fikir semua ini? Orang ada masalah otak sahaja boleh fikir," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syaiful dan Sharif Zero juara minggu kelima FD3, dapat ‘perfect 10’ daripada juri

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu mahu pengsan... Ajai anggap nyanyian bukan untuk Syahir, Shila pula terlalu sayangkan adik

Ajai dan Mas Idayu sebelum itu sempat menyakat dua beradik itu dengan memberitahu persembahan mereka teruk sebelum kedua-duanya ketawa dengan usikan berkenaan.

Juri juga sepakat memberi 10 markah buat dua beradik itu.

Sementara itu, Tom dan Fuad berjaya mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 62.9 peratus.

dan tempat ketiga milik Adira dan Emma Suhaimi (62.8).

asd

Sharif dan Syaiful bawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Manakala tempat keempat milik Haqiem Rusli Dan Ariff Bahran (47.7), kelima Shila Amzah dan Amir Syahir (45.9) dan Adam dan Ryan Bakery berada di tempat keenam dengan markah 45.4 peratus.

Susulan itu pasangan duo berkenaan telah memilih hip hop dan dance sebagai tema minggu ketujuh yang juga merupakan minggu separuh akhir FD3.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.

Finalis akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang tunai utama sebanyak RM100,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain