SELEPAS beberapa minggu persembahan mereka mendapat kritikan pedas juri, Shila Amzah dan Syahir Amzah akhirnya memberi persembahan bertenaga pada minggu keenam Famili Duo musim ketiga (FD3) yang berlangsung pada malam Ahad. Juri tetap Ajai gembira dengan peningkatan pasangan adik-beradik itu ketika menyampaikan lagu berjudul Tak Mengapa yang pernah dipopularkan oleh Datuk A. Rahman Hassan dan Keindahan Pantai nyanyian asal M. Shariff. Malah Ajai secara berseloroh sudah mula dapat menerima tarian 'keras' Syahir yang menjadi identitinya. Juri memuji peningkatan ditunjukkan Syahir dalam persembahan. "Saya bangga dengan awak! Sebab saya dah 'lock' karakter awak. Berair mata saya tengok awak. Fun!," katanya. Manakala Mas Idayu pula suka melihat usaha dua beradik itu yang menunjukkan peningkatan selepas menerima kritikan pedas minggu lalu. "Mummy suka sangat! Awak bukan penyanyi hebat macam kakak awak tapi 'heads off' untuk awak," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Syaiful dan Sharif Zero juara minggu kelima FD3, dapat ‘perfect 10’ daripada juri ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu mahu pengsan... Ajai anggap nyanyian bukan untuk Syahir, Shila pula terlalu sayangkan adik Kedua-dua juri juga sepakat memberikan 10 markah kepada Shila dan Syahir. FD3 bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton. Juara mingguan bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala peringkat akhir nanti peserta merebut hadiah RM100,000. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!