suria

Seminggu tak ke dapur masak buat keluarga, Nabila Huda rasa gagal jadi perempuan

Nabila Huda anggap dirinya sebagai seorang yang gagal.

UMUM mengetahui pelakon Nabila Huda cukup gemar memasak pelbagai juadah buat suami dan anak tersayang malah sering berkongsi video masakan di media sosial miliknya.

Bagaimanapun Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, berasa sedih apabila sudah seminggu tidak dapat memasak buat keluarganya.

Ini kerana kata Nabila, jadualnya yang padat disebabkan sudah mula bekerja membuatkan dia tidak mempunyai masa masuk ke dapur.

Abil 2

Nabila tidak dapat memasak untuk keluarga kerana sibuk bekerja.

"Saya sedih tak dapat langsung nak masak untuk suami dan anak sebab sudah mula bekerja.

"Hampir seminggu saya sudah tak masuk ke dapur," katanya.

Nabila meluahkan perkara itu menerusi hantaran di aplikasi X miliknya.

Disebabkan itu, Nabila berkata, hatinya hancur dan menganggap gagal menjadi seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda tegur kerana enggan netizen pandang buruk industri seni, tiada masalah berlakon dengan Sophia Albarakbah

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda kena kencing dengan kucing kesayangan, kongsi cerita bela Aoki sebelum dapat Keisha

"Hancur berderai hati ini. Rasa gagal jadi perempuan... Done luahkan perasaan," tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat berkata Abil bukanlah seorang yang gagal sebagai ibu dan isteri.

Sebaliknya, mereka menyifatkan Nabila beruntung kerana mendapat suami dan anak yang memahami kariernya sebagai pelakon.

"Awak bukan gagal, cuma berehat daripada memasak sahaja. Nanti boleh masak sedap-sedap lagi.

Abil 1

Nabila mendirikan rumah tangga bersama Izwan pada Disember 2015.

"Tidaklah! Awak bertuah dapat suami dan anak yang memahami. Awak hanya perlu jadi yang terbaik dalam diri sahaja," komen peminat.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan Johar pada 25 Disember 2015.

Sebelum itu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun mereka bercerai pada 2011 iaitu selepas tiga tahun bersama.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia 14 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain