suria

Hariz Hamdan selesa buat hal sendiri di set penggambaran, tak gemar ambil tahu hal orang

Hariz Hamdan dedah pernah jadi mangsa gangguan seksual.

PELAKON Hariz Hamdan mendedahkan pernah berdepan pengalaman gangguan seksual ketika berada di set penggambaran.

Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 21, berkata, perkara itu bukan sahaja dibuat oleh wanita tetapi lelaki memuji bentuk tubuhnya yang dianggap sebagai salah satu bentuk gangguan secara lisan.

"Saya pernah lalui pengalaman menerima gangguan seksual daripada perempuan dan juga lelaki!

"Ada yang secara terbuka gemar 'memuji' tubuh saya dan minta melakukan perkara tidak senonoh," katanya kepada mStar.

hariz FP

Hariz lebih suka buat hal sendiri di set penggambaran.

Hariz berkongsi perkara itu selepas selesai acara larian Meta Time Trial Asics Malaysia yang berlangsung di Cyberjaya pada Ahad.

Dalam pada itu, Hariz berkata, dia akan cuba mengelak daripada bekerjasama dengan individu seperti itu kerana enggan menimbulkan rasa kurang senang ketika bekerja.

Malah, dia lebih selesa mencampuri urusan peribadi orang lain sekiranya berada di set penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu ‘caring’ punca ramai jatuh cinta, Hariz Hamdan sudah biasa beri layanan baik kepada wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Sengaja kongsi gambar pegang tangan, Hariz Hamdan tiada niat cipta kontroversi

"Saya dibayar untuk berlakon. Jadi ketika di set saya hanya fokus berlakon dan tak mahu ambil tahu urusan peribadi orang lain.

"Bila terkena gangguan seksual saya akan cuba elak rapat dengan orang itu supaya ia tidak berlarutan.

"Selain itu saya juga anggap apa yang diperkatakan sebagai satu gurauan agar tidak ada mana-mana pihak terasa,” ujarnya.

Sementara itu, Hariz memberitahu dia tidak terlalu terbuka bercakap tentang gangguan seksual di media sosial miliknya kerana tidak mahu ia menjadi bualan ramai.

Haariz 1

Hariz salah seorang peserta larian Meta Time Trial Asics Malaysia pada Ahad.

"Kalau kongsi di media sosial, perkara ini tidak akan berakhir. Jadi lebih baik saya diamkan sahaja.

"Jalan terbaik selesaikan masalah ini adalah dengan mengelak bertemu dengan orang sebegitu," katanya.

Berkongsi perkembangan kerjaya, Hariz kini merupakan duta produk Asics di Malaysia bersama bintang-bintang terkenal dari setiap negara Asia Tenggara.

Hariz bersama duta Thailand iaitu Pon Nawasch berjaya turut menamatkan larian 10 kilometer pada acara tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain