suria

Menangis nyanyi semula lagu Siti Sarah, Aufahanie sedia dibandingkan dengan arwah

Aufa tampil menyanyikan semula lagu Saat Hilang Cintamu.

MENYANYIKAN semula lagu berjudul Saat Hilang Cintamu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Siti Sarah, penyanyi Aufahanie sudah bersedia jika ada peminat membandingkan cara nyanyiannya.

Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 20, berkata dia juga bersetuju jika ada pihak berasakan nyanyian arwah Sarah jauh lebih baik berbanding dirinya.

Menjadikan Sarah sebagai idola, Aufa mengakui arwah seorang penyanyi hebat dan dijadikan rujukan ketika membuat persembahan pentas.

aufa 3

Aufa harap lagu nyanyiannya diterima baik peminat.

"Saya sedia sekiranya ada yang membandingkan nyanyian kami. Saya setuju dengan semua pendapat. Kita semua tahu arwah Sarah seorang penyanyi yang hebat. Cuma saya harap penyampaian saya dalam lagu ini diterima baik.

"Sebelum ini pun jika menyertai mana-mana acara atau program TV saya sering menonton semula persembahan arwah. Kalau dia dijadikan sebagai rujukan bermakna dia juga seorang penyanyi yang hebat," katanya kepada mStar.

Aufa ditemui ketika majlis pelancaran lagu tersebut yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie menangis fikir cara pikat juri, puas hati akhirnya dapat markah tinggi di suku akhir ‘Big Stage’

ARTIKEL BERKAITAN: Video adik menari sakan tular, Aufa Hanie sudah beri teguran tak ulangi perbuatan sama

Tambah Aufa, bukan mudah untuk dia merakamkan lagu ini kerana sering terkenangkan Allahyarham Siti Sarah sehingga dia terpaksa beberapa kali mengambil masa rehat.

Bagaimanapun dengan bantuan Ajai yang juga merupakan komposer lagu ini, Aufa dapat mendalami setiap baris lirik untuk diterjemahkan dalam satu nafas baharu.

"Bagi saya tekanan untuk merakamkan lagu ini adalah kerana Sarah telah memberi satu penjiwaan yang cukup baik. Saya ambil masa selama lima jam untuk selesaikan rakaman lagu ini.

Sebagai orang baru saya gembira kerana menjadi pilihan komposer terkenal seperti Ajai

AUFAHANIE

PENYANYI

"Ketika sesi rakaman pun banyak kali saya menangis. Sebab itu ambil masa lama. Namun Ajai banyak membantu untuk saya sampaikan dengan baik. Berat untuk kami rakamkan semula lagu ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Aufa berkata peluang menyanyikan semula lagu ini bagaikan satu penghormatan buatnya sebagai seorang pendatang baharu.

Malah, Aufa teruja kerana Ajai sendiri memilih untuk bekerjasama selepas melihat bakatnya di pentas Big Stage 2023.

aufa 2

Aufa teruja dapat bekerjasama dengan Ajai.

"Sebagai orang baharu saya gembira kerana menjadi pilihan komposer terkenal seperti Ajai. Dia menyaksikan persembahan saya di Big Stage dan tahu kemampuan saya," jelasnya.

Untuk rekod lagu Saat Hilang Cintamu dilancarkan pada tahun 2003 dan dimuatkan dalm album kedua Sarah berjudul Mimpi Pun Sama.

Sementara lagu versi nyanyian Aufa pula sudah mula dilancarkan pada 17 Oktober.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain