suria

Semangat ikut tema, peminat melaram habis di Konsert Aina Abdul 3.0... Siap tempah baju tiru fesyen idola

Antara fesyen diperaga oleh peminat-peminat Aina Abdul.

BERTEMAKAN Aina Abdul pada konsert A Night With Aina Abdul 3.0, rata-rata peminat menunjukkan kesungguhan dalam menampilkan busana penuh extravaganza.

Ada yang sanggup bersengkang mata menghasilkan busana sendiri bagi mengikut konsep dan tema yang ditetapkan.

Untuk info, A Night With Aina Abdul 3.0 berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu.

Fesyen yang diberi sentuhan elemen-elemen Palestin turut diperagakan.

Dalam konsert yang bakal berlangsung selama tiga jam itu, Aina bakal menyanyikan lebih daripada 30 buah lagu.

“Tema saya pada hari ini adalah Aina Abdul, namun saya masukkan sedikit elemen-elemen Palestin sebagai solidariti yang berlaku di sana,” kata Hanfi Mohd Jais berasal dari Johor.

ARTIKEL BEKKAITAN: Aina Abdul gegar pentas Korea wakili Malaysia, bangga buat persembahan walau hanya satu lagu

“Konsep saya ambil daripada lagu raya Aina pada tahun lepas. Saya sebenarnya ada sediakan empat baju, tetapi ini yang terbaik,” komen peminat Muhammad Syazwan Ismail.

Bukan itu sahaja, ada juga peminat sanggup menempah sehingga ratusan ringgit untuk memberikan kelainan pada pemakaian mereka.

Terdapat peminat-peminat Aina datang dari beberapa negeri lain bagi memeriahkan konsert.

“Bila Aina umum tema adalah Aina Abdul. Saya terus terfikir baju ini sebab saya nak extra. Sama seperti Aina Abdul. Saya sanggup tempah dari perema fesyen,” kata Natasha Abdul Jalil peminat dari Johor.

“Saya pereka fesyen. Jadi saya sanggup untuk reka baju ini semata-mata untuk hadir ke konsert ini. Jumlahnya adalah RM500. Saya juga sebenarnya datang dari Brunei,” ujar peminat dari Brunei iaitu Farid Edros.

“Saya ambil inspirasi dari persembahan Terus Hidup. Saya beli kapas dan hot glue gun. Semalam baru saya buat,” komen Muhammad Insafi Syawal dari Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain