suria

Juarai ‘Tepok Bulu’, Imran Aqil gugup lawan Duta SO7... Tak sangka satu gelanggang dengan idola

Imran dan Fazley berjaya menewaskan pasukan Indonesia.

PELAKON Imran Aqil tidak mampu mengawal perasaan gugup apabila perlu beraksi satu gelanggang dengan idolanya sejak kecil iaitu vokalis kumpulan Sheila On 7 (SO7), Duta.

Imran atau Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, berkata, sejak kecil lagi dia meminati lagu-lagu nyanyian Sheila On 7 dan tidak menyangka penyanyi berkenaan berada di depan mata.

Malah lebih mendebarkan lagi apabila dia perlu menentang Duta atau nama sebenarnya Akhdiyat Duta Modjo dalam satu perlawanan badminton di Jakarta Indonesia pada malam Jumaat.

"Jika bercakap tentang pihak lawan sudah tentu saya agak gugup sebab berdepan dengan idola saya iaitu Duta Modjo.

Impian mewakili negara ke perlawanan antarabangsa akhirnya tercapai.

Impian mewakili negara ke perlawanan antarabangsa akhirnya tercapai.

"Sejak kecil lagi, dari dulu hingga sekarang lagu nyanyiannya sering saya mainkan di telefon bimbit.

"Pejam celik tiba-tiba saya beraksi satu gelanggang yang sama dengannya di hadapan 6,000 penonton... Memang gila!" katanya ketika dihubungi mStar.

Imran bersama pasangan regu iaitu penyanyi Datuk Fazley Yaakob berjaya menjadi juara dalam acara badminton selebriti Tepok Bulu 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bertunang, akhirnya Imran Aqil sah bergelar suami kepada Dahlia Rizal

ARTIKEL BERKAITAN: Luah rasa dalam lagu, Imran Aqil hadiah 'Bunga Dahlia' buat isteri

Dalam perlawanan yang berlangsung di Istora Gelora Bung Karno Senayan itu, Imran dan Fazley menentang Duta bersama pelawak Vincent Rompies.

Dalam pada itu, Imran turut mengucapkan terima kasih kepada Fazley kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk berganding bahu sebagai satu pasukan.

Kata Imran, biarpun ia bukanlah perlawanan profesional, namun dia dan Fazley mahu sama-sama mengharumkan nama negara dengan membawa pulang kemenangan.

Imran tidak menyangka dapat berentap dengan Duta Sheila On 7.

Imran tidak menyangka dapat berentap dengan Duta Sheila On 7.

"Fazley seorang yang sangat berdedikasi dan memberi sepenuh komitmen daripada segi latihan.

"Kami ke Indonesia membawa nama Malaysia, jadi kami tidak mahu memalukan nama negara walaupun ini bukan pertandingan badminton profesional," ujarnya.

Kata Imran lagi, salah satu impiannya sejak remaja sudah terlaksana kerana dia pernah mengimpikan untuk mewakili Malaysia dalam bidang sukan.

Imran seorang yang aktif bersukan.

Imran seorang yang aktif bersukan.

"Kalau lihat daripada gambar dan video live stream semalam (Jumaat), memang saya senyum tidak henti-henti kerana ini merupakan impian saya sejak remaja.

"Saya menyimpan hasrat untuk mewakili Malaysia dalam bidang sukan dan Alhamdulillah ternyata impian ini bukan hanya angan-angan," katanya.

Untuk info, ini merupakan kali pertama Malaysia menyertai Tepok Bulu iaitu perlawanan persahabatan antara negara jiran Indonesia.

Mengikut tema Tribute To Istora, perlawanan ini diraikan sempena ulang tahun ke-60 stadium tertutup ikonik negara berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain