JULUNG kali mengadakan konsert berskala besar, penyanyi Aina Abdul membuktikan dia antara salah seorang penghibur terbaik apabila 10,000 penonton hadir ke Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menonton persembahannya pada malam Sabtu. Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, langsung tidak menghampakan peminat apabila memberikan persembahan cukup bertenaga dan ternyata penonton pulang dengan perasaan puas dihiburkan penyanyi itu selama tiga jam konsert berlangsung. Aina yang cukup terkenal dengan teknik nyanyian nada tinggi menyampaikan sebanyak 34 buah lagu popularnya termasuk beberapa lagu daripada penyanyi lain menerusi konsert A Night With Aina Abdul 3.0 itu. Aina Abdul menyampaikan sebanyak 34 buah lagu. Konsert bertemakan Journey Seorang Aina memperlihatkan penyanyi berkenaan memperlihatkan kemahirannya menyanyikan pelbagai genre lagu termasuk tradisional, rancah dan galau. Tidak ketinggalan, Aina turut menyampaikan beberapa buah lagu daripada album sulungnya yang baharu sahaja dilancarkan iaitu Imaji khas buat peminat. "Konsep malam ini bertemakan Journey Seorang Aina. Ada Aina Abdul yang lincah, yang galau, tradisional, yang Korea punya vibe dan juga Aina Abdul the goddess. ARTIKEL BERKAITAN: Semangat ikut tema, peminat melaram habis di Konsert Aina Abdul 3.0... Siap tempah baju tiru fesyen idola ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul penat kena kecam, cari keseimbangan dalam fesyen tanpa tinggal identiti "Lagu yang cuba saya tampilkan hari ini adalah lagu-lagu saya yang dikenali ramai dan lagu yang baru 'lahir'. Saya rasa ini adalah permulaan dan platform yang bagus untuk orang mengenali Aina Abdul. "Saya memilih 34 lagu secara keseluruhan dan terbahagi kepada empat segmen. Walaupun ada sedikit lompong (kesilapan), tetapi saya sangat seronok menyampaikan semua lagu," katanya ketika ditemui mStar selepas konsert selesai. Pada konsert itu, Aina membuka tirai dengan lagu-lagu berbahasa Inggeris ciptaannya sendiri iaitu Ghost diikuti dengan Fool yang cukup membuatkan satu arena itu gamat dengan jeritan peminat. Saya rasa ini adalah permulaan dan platform yang bagus untuk orang mengenali Aina Abdul. AINA ABDUL PENYANYI Bagi memberikan 'warna' pada konsert itu, Aina yang terkenal dengan fesyen luar kotak tampil dengan enam busana berlainan dengan tema dan warna berbeza. Aina yang ditatariaskan oleh penata gaya, Abu Shaef Hamza mendapat sentuhan penuh magis daripada barisan pereka fesyen terkemuka iaitu Rizman Ruzaini, Zaimi Zulkafli, Melinda Looi dan Ezuwan Ismail. S Paling mendapat perhatian ramai apabila Aina tampil dengan gaun kembang berwarna biru yang mengeluarkan asap selain bunga pada pakaiannya yang boleh bergerak rekaan Zaimi Zulkafli. Aina sentiasa memberikan yang terbaik dalam persembahannya. Kesungguhan dalam memastikan penampilannya luar biasa, Aina berkata, dia memperuntukkan sebanyak RM400,000 bagi memastikan busana yang ingin digayakan menepati ciri-ciri dikehendakinya. Tidak hanya itu, Aina juga menyediakan tiga mikrofon berlainan yang bernilai RM120,000 untuk disepadankan dengan tema pakaian. "Secara keseluruhannya ada lima persalinan selain sehelai baju daripada persembahan Terus Hidup di Anugerah Juara Lagu... Jumlahnya hampir RM400,000. Aina ketika berduet bersama Lah Ahmad. "Untuk krew pula ada seramai 40 orang untuk pakaian sahaja dan secara keseluruhan ada 100 orang (krew) untuk konsert. "Zaimi seorang pereka fesyen yang inovatif. Dia gabungkan sains dan fesyen dalam satu karya. Asap dan pergerakan itu adalah jurutera yang buat. "Dalam baju saya itu berwayar-wayar dan baju itu tidak berat pun sebenarnya. Kos teknikal baju tersebut adalah RM35,000," ujarnya. 10,000 penonton membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil. Sementara itu, suasana ceria ketika Aina mendendangkan seleksi lagu tradisional seperti Bunga Tanjung, Empat Dara, Lemak Manis serta Joget Sakti bertukar hiba apabila penynyi itu menyanyikan lagu Atouna El Toufoule. Ia didedikasikan kepada bumi Palestin yang sedang berdepan kekejaman rejim zionis. Bagi menunjukkan tanda sokongan kepada penduduk di Gaza, Aina memaklumkan sebahagian daripada jualan tiket konsert itu akan disalurkan kepada negara bergolak itu. Aina memberikan persembahan bertenaga demi peminat. Mood sama diteruskan dengan lagu Mimpi Kita yang ditulis Aina lapan tahun lalu sebagai penghormatan buat Allahyarham bapanya. Pada malam tersebut, Aina juga menampilkan Lah Ahmad, Khai Bahar dan juga Haziq Rosebi sebagai penyanyi jemputan. Antara lagu lain yang dinyanyikan Aina pada malam bersejarah itu termasuk Sesal, Sepi, Nada Kalbu, Nafas Cinta, How You Like That, Shut Down, Puas Sudah, Semalam, Jangan Mati Rasa Itu dan Terus Hidup. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!