NYANYIAN dikatakan sumbang, penyanyi Sharifah Zarina tampil menjawab mengenai persembahannya dalam satu program televisyen, baru-baru ini. Kata Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 41, nyanyiannya menerusi lagu Dawai itu tidaklah seteruk diperkatakan dan dia tetap berpuas hati dengan persembahan berkenaan. Malah, Zarina juga memberitahu dia ada membuat latihan bersama seorang guru vokal bagi memastikan nyanyiannya itu dapat disampaikan dengan baik. Zarina ketika persembahannya pada Sabtu lalu. "Saya diundang untuk menyanyi. Dari segi menyanyi, saya sudah buat yang terbaik dan saya sedar yang kini saya tidak lagi relevan sebab sudah lama menyepi. "Jadi apa yang mereka jangkakan? Saya rasa nyanyian yang disampaikan sedap sahaja, puas hati. Itu suara saya yang setelah lama tiada jemputan. Kali terakhir pun saya menyanyi pada 2021. "Jadi, terimalah suara off market saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai 24 jam kerja, pembantu rumah Sharifah Zarina larikan diri ARTIKEL BERKAITAN: Faham jiwa orang muda, Sharifah Zarina rakam aksi Athalia ‘sleep call’ dengan kekasih kerana terhibur... Enggan terlalu tegas didik anak-anak Dalam pada itu, Zarina menjelaskan mutu nyanyiannya seperti didengar dalam video tular berkenaan tidak sama seperti ditonton di auditorium. "Dalam dewan cara pendengaran berbeza. Mereka (penonton) suka saya nyanyi, mereka kata sedap. "Dalam dewan bunyi mikrofon dia lain dan di televisyen pula, lain sebab apa-apa kelemahan akan dengar," ujarnya. Saya rasa nyanyian yang disampaikan sedap sahaja, puas hati. SHARIFAH ZARINA PENYANYI Sementara itu, penyanyi lagu Langit Ke Tujuh ini berkata dia tidak berkecil hati membaca komen kecaman ditinggalkan netizen, malah menganggap ia sesuatu yang melucukan. Baginya, setiap orang pasti ada membuat kesilapan dan tiada siapa yang sempurna. Antara barisan artis yang turut membuat persembahan. Sebelum ini, Zarina menerima kecaman hebat daripada warganet ketika mempersembahkan lagu popular dari Indonesia itu semasa program siaran langsung di satu saluran televisyen tempatan. Rata-rata warganet mengkritik cara nyanyian Zarina yang didakwa sumbang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!