suria

Telur dadar makanan kegemaran Lisa Blackpink, permintaan ‘khai jiao’ melonjak di Thailand

Telur dadar Lisa laku keras di Thailand.

HIDANGAN telur dadar dikenali sebagai Khai Jiao tiba-tiba menjadi fenomena sehingga mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk di Thailand.

Ia susulan penyanyi Lisa Blackpink mendedahkan hidangan itu adalah makanan kegemarannya ketika muncul dalam sesi temu bual bersama Spotify baru-baru ini.

Lisa memberitahu dia sejak kecil dia menggemari hidangan itu yang disifatkan sebagai ringkas tetapi enak.

lisasa

Lisa kongsi resepi masak telur dadar kegemarannya.

Salah seorang peniaga makanan di Thailand memberitahu hidangan itu mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan sejak pendedahan itu dibuat Lisa.

Malah, peniaga itu memberitahu terpaksa mengupah tenaga kerja tambahan disebabkan permintaan melampau pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink dan bos Tag Heuer sudah berpisah? Katanya Frederic kecewa persembahan ‘teman wanita’

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Lisa Blackpink berlari dalam mall di Thailand, rupanya ini punca tiba-tiba panik!

Bersyukur dengan perkara itu dia turut menjemput Lisa untuk makan secara percuma di restorannya.

"Sebelum ini saya hanya jual enam biji telur sehari dan saya kerja seorang diri.

"Tapi selepas video Lisa tular ramai yang datang ke gerai saya sampai saya kena mengambil pekerja lagi dan membeli banyak banyak mentah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain