suria

Estranged terima banyak undangan persembahan di Sabah, aktif program CSR bantu masyarakat pedalaman

Estranged bantu mereka memerlukan di Sabah selama menghilang.

SETELAH tujuh tahun dilihat menyepi daripada dunia nyanyian, kumpulan Estranged memaklumkan mereka masih lagi aktif dan kini giat melakukan program amal atau tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Sabah.

Menurut pemain gitar kumpulan itu iaitu Hanafi atau Nor Hanafi Noor Hadi, mereka kerap kali diundang mengadakan beberapa persembahan di Borneo dan mahu bergerak sebagai kumpulan yang memberikan khidmat kepada masyarakat.

"Kami sebenarnya masih aktif dan sentiasa aktif, cuma kami aktif di Borneo dan media sosial.

"Di sana kami adakan persembahan di festival mahupun acara yang mengundang kami.

WhatsApp Image 2023-11-21 at 13.28.07

Estranged tidak pernah menyepi dari dunia hiburan.

"Kami juga mengadakan jelajah untuk kumpul dana kami punya aktiviti CSR. Kadang-kadang kami buat pentas di atas pick up truck.

"Kami anggap waktu itu adalah fasa untuk kami berkhidmat untuk masyarakat dan sekarang ini kami kembali semula," katanya kepada mStar.

Estranged berkongsi perkara itu menerusi sidang media Estranged Sapa Peminat Dengan Konsert Apa Khabar Teman? yang berlangsung di ibu kota pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Estranged bakal adakan konsert, luah hasrat mahu bawa Fazura nyanyi atas pentas

ARTIKEL BERKAITAN: Estranged kumpul dana untuk salurkan elektrik di kawasan pedalaman Bornoe menerusi 'Milikku'

Bukan itu sahaja, hasil kutipan keuntungan yang diperolehi daripada persembahan tersebut turut disumbangkan kepada penduduk pendalaman di sana.

Malah sepanjang berada di sana, mereka telah berjaya membantu empat buah kampung di Ranau dalam penghasilan Mini Hydro Generator manakala di Keningau pula pembinaan internet jalur lebar.

"Dengan CSR kami juga dapat membantu penduduk di pendalaman Sabah. Kami aktif CSR dari 2016 sampai pandemik pada 2021 hari itu.

"Di kawasan pendalaman itu kebanyakkan mereka mengalami masalah bekalan air jadi kami kumpul dana untuk mereka supaya kami berkerjasama NGO untuk menghasilkan Mini Hydro Generator macam teknologi hijau dan internet jalur lebar," ujarnya.

WhatsApp Image 2023-11-21 at 13.27.22

Estranged banyak membantu orang memerlukan di Sabah.

Dalam pada itu, Din atau Solihuddin Hormat pula berkata mereka juga belajar pelbagai alat muzik baharu di Sabah.

Malah mereka juga menghasilkan dokumentari atas bantuan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

"Di sana juga saya belajar untuk mendalami alat muzik di Sabah dan di Sarawak. Kami berjaya hasilkan dokumentari mengenai tiga buah alat muzik di Sabah dan Sarawak.

"Jadi kami kembali semua ke semenanjung ini nak beritahu yang kami sudah tidak seperti dahulu. Inilah kami sekarang dengan elemen-elemen Borneo," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain