suria

Batuk dan selesema teruk sejak sebulan lalu, DJ Lin terpaksa ‘serah diri’ ke hospital selepas sukar bernafas

DJ Lin harap agar segara pulih untuk kembali bekerja.

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu DJ Lin terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Sabtu lalu akibat masalah bronkitis dan sinus teruk.

Kata DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 48, dia sudah mengalami gejala batuk dan selesema sejak sebulan lalu namun hanya mengambil ubat-ubatan daripada klinik tanpa sebarang pemeriksaan lanjut.

DJ Lin bagaimanapun memberitahu dia terpaksa dikejarkan ke selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada di rumah.

dj lin 2

DJ Lin masih menerima rawatan di hospital.

"Rasanya sepanjang sebulan lepas saya asyik ulang-alik ke klinik. Doktor ada berikan surat rujukan untuk berjumpa pakar tetapi saya yang tetap berdegil.

"Saya rancang untuk jumpa pakar selepas selesaikan beberapa tugas. Tetapi Sabtu lepas saya rasa sukar bernafas dan anak terus bawa ke hospital," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Menurut DJ Lin, dia masih berada di hospital berkenaan bagi meneruskan sesi rawatan bagi menghilangkan lendir pada paru-paru dan dijangka dibenarkan keluar wad pada Ahad ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Diminta undur diri pencalonan ABP, DJ Lin enggan hampakan peminat... Syukur pintu rezeki terbuka luas selepas berhijab

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! DJ Lin menang lagi, tahun ketiga rangkul anugerah ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai’

Dalam pada itu, DJ Lin juga memaklumkan doktor menyarankan dirinya menjalani pembedahan sekiranya masalah sama masih berulang di masa akan datang.

"Pembedahan adalah jalan terakhir kalau penyakit ini tidak sembuh. Buat masa sekarang saya hanya diberi ubat selain bantuan untuk cairkan kahak.

"Memang rasa tidak selesa apabila sakit tekak begini. Maklumlah sebagai penyampai radio suara akan terganggu apabila berdepan masalah sebegini," ujarnya.

Pembedahan adalah jalan terakhir kalau penyakit ini tidak sembuh

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO

Sementara itu, DJ Lin turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat meraikan sambutang ulang tahun stesen radio Suria FM ke-16 pada Jumaat ini.

Meskipun masih berada dalam keadaan sakit, dia tetap memikirkan tugasan dan tidak sabar untuk kembali bekerja.

"Kalau Ahad ini saya dibenarkan pulang, hari Isnin saya akan terus bekerja. Tidak ada masa rehat sebab saya perlu uruskan perancangan untuk tahun hadapan.

dj lin 3

DJ Lin tidak berkesampatan meraikan ulang tahun Suria FM bersama rakan-rakan.

"Cuma dalam keadaan sekarang agak sedih sebab tidak dapat bersama-sama raikan ulang tahun Suria FM.

"Segala perancangan sudah dibuat di pejabat tetapi saya tidak dapat hadir," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain