suria

Enggan wajah dilabel ‘pewaris Megah Holding’, Hariz Hamdan mahu bawa pelbagai watak lakonan

Hariz mahu jadi pelakon yang mampu bawa pelbagai watak.

ENGGAN dianggap sebagai pelakon stereotaip, Hariz Hamdan tidak teragak-agak menolak tawaran sekiranya terlalu banyak menerima watak lelaki korporat yang sering dikaitkan dengan imejnya.

Bagi Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 21, dalam tempoh tiga tahun bergelar anak seni, dia cuba sebaik mungkin menyerlahkan sisi lain dalam lakonan agar peminat dapat melihat kemampuan sebenar dirinya.

"Bila terlalu banyak watak 'Megah Holdings', ramai yang mula ingatkan saya dengan karakter sebegitu sahaja. kalau boleh saya mahu cuba ubah perkara tersebut.

"Saya tidak ada masalah jika tidak mengambil tawaran daripada terus menerima watak sama. Sebagai pelakon kenalah pelbagai dalam lakonan. Jika sama sahaja kerjaya tidak akan berkembang.

hariz hamdan 2

Hariz tidak mahu watak yang boleh menjeaskan imejnya.

"Bagaimanapun kenalah fikir soal periuk nasi juga. Kalau lama sangat tiada job, tak boleh juga," katanya kepada mStar.

Hariz ditemui ketika sesi bersama media selapas acara larian Asics Meta Time Trial yang berlangsung di Cyberjaya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hariz Hamdan selesa buat hal sendiri di set penggambaran, tak gemar ambil tahu hal orang

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu ‘caring’ punca ramai jatuh cinta, Hariz Hamdan sudah biasa beri layanan baik kepada wanita

Dalam masa sama bercakap tentang tawaran berlakon, Hariz cukup tegas dengan pendirian tidak mengambil tawaran sebarangan termasuk diminta membuka baju.

"Ada produksi yang beri tawaran berlakon dan meminta saya membuka baju. Dalam hal ini saya perlu berbincang dengan pengurusan. Saya tak mahu lakukan sesuatu yang boleh menjejaskan imej di masa hadapan.

Sebagai pelakon kenalah pelbagai dalam lakonan. Jika sama sahaja kerjaya tidak akan berkembang

HARIZ HAMDAN

PELAKON

"Dalam berlakon ini kena fikir secara logik. Jika watak itu memang perlu buka baju saya akan buat, namun jika hanya untuk hiburan dan promosi, saya tidak terima," tegasnya.

Sementara itu, Hariz yang juga merupakan duta produk kelengkapan sukan jenama Asics Malaysia mengakui tanggungjawab membawa nama produk itu bukan satu perkara mudah.

hariz hamdan 3

Hariz diberi kepercayaan sebagai duta Asics di Malaysia.

"Asics adalah sebuah jenama sukan, oleh itu saya perlu kelihatan sentiasa sihat. Biasanya saya amalkan senaman di gimnasium dan larian.

"Dalam lakonan juga saya perlu menjaga imej supaya tidak menjejaskan nama baik jenama ini. Sebagai contoh, saya elak untuk watak minum arak atau merokok," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain