JIKA sebelum ini ramai bersimpati dengan Ina Naim gara-gara kenyataan suaminya Suhaimi Saad yang memberitahu rumah mereka tiada mesin basuh, rupa-rupanya ada cerita di sebalik kisah berkenaan. Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Ryhan Musa yang telah mengunjungi Ina di kediamannya selepas pemergian Suhaimi. Ina atau Nordiana Mohd Naim, 39, memberitahu rumahnya tidak mempunyai kemudahan tersebut bukan kerana tidak mampu atau disengajakan sebaliknya mereka memberikan kepada jiran yang lebih memerlukan. Ina kuat menerima takdir kehilangan suami. "Rumah Ina sebenarnya bukan tiada mesin basuh, ada... tapi Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat. "Ina tegur jiran tanya kenapa dan jiran menjawab mesin basuhnya rosak. "Ina masuk dan bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran tu rosak. Lalu arwah suruh Ina berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Suhaimi Saad meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Suhaimi Saad sakit sejak Ogos, Ina Naim dedah suami mahu hidup sehingga usia 43 tahun sahaja Ryhan memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Selasa. Sebelum ini, Suhaimi membuat pengakuan bahawa rumahnya tidak mempunyai mesin basuh untuk kegunaan harian. Tindakan tersebut telah mengundang kecaman warganet kerana didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Suhaimi meninggal dunia pada 15 November. Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada 15 November lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Untuk rekod, Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!