suria

Badan kena hempap motor seberat 400 kg, Beto Kusyairy hanya fikir sahabat ketika kemalangan

Beto tidak mengalami sebarang kecederaan teruk akibat kemalangan.

BERKONGSI kembali detik terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini, pelakon Beto Kusyairy memberitahu fikirannya hanya fokus kepada seorang lagi rakan yang mengalami kecederaan teruk akibat insiden itu.

Kata Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 43, meskipun ketika itu badannya kesakitan namun dia tetap gagahkan diri untuk melihat keadaan sahabatnya.

"Saya dan rakan-rakan mengikuti konvoi motosikal dan kami patuhi semua peraturan konvoi. Namun ketika itu jalan agak sesak dan hujan. Kawan saya terlibat dengan kemalangan dan saya di belakang tak dapat nak elak sehingga melanggar motosikalnya.

beto 2

Isteri Beto berada di luar negara ketika kemalangan berlaku.

"Masa itu saya hanya fikirkan dia kerana saya tahu keadaannya lebih teruk. Dia koma dan dimasukkan di hospital di Ipoh, Perak. Setiap hari saya akan ambil tahu keadaan dia.

"Saya hanya mengalami cedera ringan. Hanya lebam-lebam di bahagian badan kiri disebabkan dihempap oleh motor yang seberat lebih 400 kilogram (kg)," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy kemalangan dalam perjalanan buat solat hajat, alami kecederaan ringan

ARTIKEL BERKAITAN: Sepatutnya sertai konvoi sama, Zahiril Adzim kongsi keadaan terkini Beto selepas terlibat kemalangan

Beto ditemui ketika majlis tayangan perdana filem lakonannya berjuduk MagiK yang berlangsung di Bukit Jalil pada Selasa.

Dia bagaiamanapun enggan mengulas lanjut tentang kejadiaan itu kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam pada itu, aktor ini memberitahu semasa kejadian dia sangat bimbang sekiranya ada pihak lain memaklumkan berita kemalangan itu kepada isterinya, Tisha Shahar yang kebetulan sedang berada di luar negara.

Isteri tidak pernah menghalang untuk saya terus terlibat dengan aktiviti motosikal ini kerana dia tahu minat saya

BETO KUSYAIRY

PELAKON

"Selepas selesai jalani pemeriksaan dan keadaan saya sudah disahkan baik, barulah saya maklumkan kepada isteri. Dia memang risau dan cakap mahu pulang terus tetapi saya katakan tidak perlu.

"Saya bimbang juga sekiranya dia dapat tahu tentang kemalangan tersebut dari orang lain. Lebih baik saya ceritakan sendiri dan yakinkan dia bahawa saya benar-benar okey," jelasnya.

Pada 13 November lalu, Beto terlibat kemalangan di Kilometer 349 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara ketika dalam perjalanan ke Ipoh, Perak.

beto 3

Beto tetap teruskan minat dalam aktiviti permotoran.

Kejadian sekitar pukul 5 petang itu berlaku ketika dia menyertai konvoi motiskal Solidariti Wings Motogang Society dan Beto menunggang motor jenis Harley Davidson Road Glide ST.

Sementara itu, Beto juga memberitahu dia tidak pernah serik untuk terus terlibat dalam aktiviti permotoran sebegini kerana minat mendalam.

"Sekarang saya hanya perlu masa untuk pulih. Tiada kecederaan teruk. Hanya lebam-lebam sahaja. Saya pun sudah berhenti mengambil ubat tahan sakit.

"Isteri tidak pernah menghalang untuk saya terus terlibat dengan aktiviti motosikal ini kerana dia tahu minat saya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain