suria

Ayu Puteh dedah pengurus artis baharu tak sedar diri, berani letak harga tinggi tapi berlakon kayu

Ayu kesal dengan sikap segelintir pengurus artis.

PENERBIT Datuk Ayu Puteh mendedahkan ada dalam kalangan pengurus artis meletakkan harga tidak masuk akal untuk bakat baharu di bawah jagaan mereka.

Ayu atau Normashayu Puteh, 47, berkata, pengurus artis seharusnya bersikap berpijak di bumi nyata sebelum meletakkan sebarang harga terutamanya bagi pelakon yang belum ada pengalaman.

Kata Ayu, sebagai penerbit dia tidak melihat kepada paras rupa dalam meletakkan sesuatu nilai kepada pelakon sebaliknya memandang bakat lakonan dimiliki.

ayu3 - 1

Ayu menegaskan dia memandang bakat lakonan daripada paras rupa artis.

"Pengurus itu mungkin tak sedar diri sebab dia sudah terbiasa uruskan artis gred A dan terbawa-bawa karakter itu apabila menguruskan pelakon baru.

"Mungkin sebab artis baru ini cantik, kacak (letak harga tinggi) tapi jangan silap penerbit tidak melihat perkara itu tapi kalau kau berlakon 'hampas', bayaran tetap 'fresh graduation'.

"Baru meletup satu drama dah letak harga tinggi! Walaupun baru tetapi kau tetap pelakon gred C bukannya gred A.

ARTIKEL BERKAITAN: Drama dah siar hutang tak bayar, Ayu Puteh tuntut stesen TV swasta jelaskan segera bayaran lebih RM700,000

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah Tinggi dengar kes saman Awesome TV terhadap Pencil Pictures, Ayu Puteh fail batal tuntutan RM142 juta

"Sabarlah, baru nak mula berlakon tak perlu letak harga tinggi," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ayu berkata, dia turut mengingatkan perkara sama kepada anaknya yang pelakon Wanna Ali tentang hal berkenaan dan bersikap sedar diri sebagai pendatang baharu dalam industri lakonan.

Ayu berkata, dia percaya bayaran diterima seorang pelakon itu bergantung kepada bakat dan pengalaman yang diperolehi.

ayu1 - 1

Ayu sentiasa mengingatkan Wanna untuk sedar diri sebagai pelakon baharu.

"Macam Wanna bayaran diterima ciput (sedikit) saja. Berlakon ekstra pun dia pernah buat.

"Saya selalu cakap kepadanya dia kena sedar diri yang dirinya pelakon baru. Kayu lagi, jiwa lakonan pun masih belum ada.

"Jadi sesuailah dia jadi ekstra atau pun sekadar pelakon pembantu, bila lama-lama namanya makin meningkat barulah kita letak harga mengikut nilai sebab sudah buktikan yang dia boleh berlakon," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain