PELAKON Datuk Aaron Aziz bergegas mengambil anaknya di sekolah selepas dimaklumkan terdapat ancaman bom di pusat pendidikan berkenaan. Bercerita situasi cemas ketika itu, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, berkata keadaan agak huru-hara kerana ibu bapa panik dan mahu segera mengambil anak mereka. "Hari ini secara tiba-tiba ada ancaman bom. Sembilan sekolah terima ancaman bom kalau tak salah saya. Aaron memberitahu perkara itu dalam satu hantaran video di Instagramnya. “Kami disuruh oleh pihak sekolah untuk ambil anak-anak dan sekolah anak saya yang terletak di Setia Alam adalah salah satu daripadanya. "Jadi sekarang tengah huru hara, keluarga semua tengah kelam kabut. Saya faham sebab situasi ini mencetuskan rasa panik," katanya menerusi satu di Instagram pada Selasa. Melihat situasi panik itu, Aaron sempat menasihati ibu bapa supaya kekal tenang dan mengikut arahan yang ditetapkan apabila berdepan sesuatu perkara tidak diingini seperti ini. "Tapi bagaimanapun bila berhadapan dengan situasi begini, kekal tenang, jangan jadi kancheong (cemas), ikut arahan. ARTIKEL BERKAITAN: Panggil anak tapi tak bersahut, Aaron Aziz sedih seorang diri di rumah ARTIKEL BERKAITAN: Bukan benda penting kena kenal artis, Aaron Aziz tak ambil hati pemuda tanya siapa dirinya "Kita tak boleh panik, macam mana mereka (sekolah) nak kawal keadaan yang selamat untuk semua termasuk keluarga, pelajar dan cikgu," katanya. Melalui kapsyen di hantaran itu, Aaron juga memberikan penghargaan buat Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kerana bertindak pantas dalam berdepan situasi berkenaan. "Terbaik tindakan PDRM cepat dan profesional dalam kecemasan, kalau boleh jangan panik. Aaron berkahwin Diana Halik dan memperoleh tiga cahaya mata. "Setakat ini sekolah Dahlia masih tidak menerima email susulan tetapi sekolah telah ambil langkah awal. Saya suka reaksi yang pantas dari sekolah ini. "Kekal tenang dan ikut protokol. Kalau satu huru-hara, lain akan ikut. Ingat orang lain pun ada anak anak," ujarnya. Sebelum ini, mStar melaporkan beberapa sekolah antarabangsa di sekitar Lembah Klang menerima ancaman bom pada Selasa. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!