suria

Seram! Bibik Aliff Syukri kena rasuk, dakwa ada individu dengki hantar sihir

Aliff Shukri mendakwa ada pihak cuba menghantar sihir kepadanya.

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa ada individu yang iri hati dengan dirinya sehingga tergamak menghantar sihir kepada pembantu rumahnya.

Tidak mengetahui individu yang melakukan perbuatan syirik itu, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata ini merupakan kali pertama kejadian misteri berlaku terhadap pembantu rumahnya sepanjang 11 tahun perkhidmatan.

"Doakan. Bibik saya selamat. Selama lebih daripada 11 tahun dia bekerja dengan saya tak pernah kena macam ini.

Aliff 1

Shahida cuba untuk menenangkan pembantunya.

"Kami sekeluarga semalam tidak boleh tidur sebenarnya kerana bibik kesayangan kami di rasuk hantu," katanya.

Aliff memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di TikTok miliknya pada Selasa.

Dalam hantaran itu, isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida dilihat sedang membantu bibik itu yang dilihat terbaring akibat kerasukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan buka aib tapi beri kesedaran, isteri Aliff Syukri dedah ramai jadi mangsa scam ibu kandung anak angkat

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil Ira Kazar sebagai model, Aliff Syukri minta jangan boikot produknya - “Saya tak sokong mana-mana”

Pembantu dalam keadaan tidak sedar diri itu memberitahu sihir tersebut ditujukan kepada Aliff.

Dalam pada itu, Aliff ketika dihubungi mStar berkata buat masa ini hanya pembantu rumahnya seorang sahaja yang terkena sihir tersebut.

"Memang bibik itu seorang sahaja yang kena. Dia tiba-tiba pitam dan pengsan.

"Saya tidak pasti daripada siapa, tapi ia memang ditujukan kepada saya. Ini kali pertama terjadi dekat keluarga saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain