suria

Emosi Tom tidak stabil, mudah menangis... Fuad dedah punca isteri kongsi video menitis air mata

Tom tetap semangat meneruskan perjuangan di pentas FD3.

SELAMA lima minggu bertanding di pentas Famili Duo musim ketiga (FD3), penyanyi Tom mengakui program berkenaan memberikan cabaran buat dirinya yang kini sedang hamil tujuh bulan.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh suaminya iaitu Fuad Rahman yang memberitahu Tom berdepan gangguan emosi gara-gara masalah kesihatan pedih ulu hati.

"Tom memang selalu alami masalah pedih ulu hati dan sesak nafas, itu membuatkan dia sedikit tertekan, sakit yang dialami juga membuatkan dia sedih.

tom 1

Tom kongsi dirinya sedang menangis di Instastory miliknya.

"Masalah alahan sudah semakin baik, cuma sekarang ini masih tidak boleh makan sebarangan lagi," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Terdahulu, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, berkongsi video memperlihatkan dirinya mengalirkan air mata seolah-olah memberi gambaran emosinya berada dalam keadaan tidak stabil.

Dalam satu perkongsian lain di Instastory, Tom memberitahu dia nekad untuk meneruskan perjuangan di pentas FD3 secara profesional.

Dalam pada itu, Fuad memberitahu ada ketikanya Tom mudah berasa sedih kerana berfikiran dia gagal membuat orang sekeliling gembira.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu 9 bulan boleh clubbing lagi...” - Tom rasa beza hamil bayi perempuan, cepat penat dan lebih suka tidur

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tanggungjawab sara keluarga di bahu suami, Fuad minta Tom berhenti kerja di kelab malam

"Emosi dia memang tidak stabil. Ada ketika dia memang mudah menangis, katanya dia tidak buat orang lain gembira.

"Sebagai suami saya akan sentiasa beri semangat dan pastikan dia dalam keadaan baik. Kami juga akan dapatkan nasihat doktor ketika lakukan pemeriksaan kandungan," ujarnya.

Meskipun begitu, Fuad berkata masalah yang dialami Tom sama sekali tidak menggangu persiapan untuk mereka bersaing di pentas separuh akhir FD3 pada Ahad ini.

tom 3

Fuad akan uruskan segala persembahan pada Ahad ini.

"Sejak awal minggu FD3 lagi saya memang tidak mahu bebankan dia. Saya yang akan uruskan segala pemilihan lagu dan konsep persembahan.

"Dia sangat bersemangat untuk teruskan persembahan di pentas FD3 kerana kali ini ada saya di sisi yang sentiasa menemani," jelasnya.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran TV3 dan aplikasi Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain