suria

“Hati semakin koyak” - Idzham Ismail sedia angkat kaki, tinggalkan industri jika watak hero pun tiada sambutan

Idzham sanggup berhenti berlakon jika drama gagal dapat sambutan.

PELAKON Idzham Ismail sanggup mempertaruhkan kerjaya seninya jika drama terbaharu lakonannya sebagai watak utama gagal mendapat sambutan penonton.

Idzham atau Muhammad Idzham Ismail, 35, berani menyatakan hasrat tersebut selepas dia melakukan tinjauan di laman sosial yang menunjukkan ramai bersetuju untuk dia terus diberi peranan membawa watak hero.

"Pernah di beritahu saya tiada permintaan untuk menjadi watak utama dalam drama. Saya buat tinjauan dan 100 peratus setuju saya pegang watak utama.

idzham ismail 2

Idzham harap watak hero dapat sambutan.

"Siapa berani pertaruhkan? Last berlakon jika tidak meletop!" katanya menerusi laman X.

Bersama status berkenaan, dia turut memuat naik beberapa tangkap layar komen peminat yang mahu dia tampil sebagai watak utama dalam drama.

Sebelum itu, Idzham menerusi perkongsian di Instagram mengakui perkembangan seninya sedikit perlahan dan dia masih berusaha mencipta nama dalam industri seni.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Muka tak layak jadi hero, sesuai bawa watak penyangak... Idzham Ismail hampir ‘give up’, terfikir tinggalkan dunia lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai simpati video gerai satay isteri tak laku, Idzham Ismail dedah hanya content... Minta beli sebab sedap bukan kasihan

"Saya akan kembali. Ada yang nak tengok saya bawakan watak utama? 12 tahun penantian untuk naik taraf. Ya, agak perlahan saya naik.

"Apa yang penting semua watak yang saya bawa memberi kesan kepada penonton untuk ingat. InsyaAllah selepas ini akan buat lebih baik," ujarnya.

Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza pula aktor ini turut meluahkan rasa kecewa terhadap pencapaiannya dalam kerjaya seni.

idzham ismail 3

Idzham akui hampir mengalah dalam dunia seni.

Idzham bagaimanapun menegaskan luahannya itu bukanlah bermaksud dia merajuk dengan sambutan yang diberikan penonton.

"Tiba-tiba hati ini jadi tidak kuat apabila apa yang nak dicapai masih terkapai-kapai. Sedih itu besar, orang tak nampak kerana kuatnya sabar sebelum ini.

"Nama susah lepas sebab bukan kaki kipas. Tanda aras bukannya pada bakat tapi kabel kena kuat. Hati ini sudah semakin koyak.

"Adakah ini pengakhirannya? Bukankah jalan ini sepatutnya jadi pilihan? Jika bukan, hilangkanlah nama aku di persada seni," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain