suria

Lebih 10,000 peminat hadir ‘Konsert 20 tahun Charly Berkarya’ di Johor, siri jelajah diteruskan ke Borneo pula

Charly gegar pentas di Johor.

STADIUM Arena Larkin Johor bergema apabila lebih 10,000 pengunjung hadir bagi menyaksikan Konsert 20 Tahun Charly Berkarya pada 18 November lalu.

Konsert daripada penyanyi Indonesia Chaly Van Houten itu menerima sambutan hebat peminat dari selatan yang sudah lama menantikan kemunculan mereka beraksi di atas pentas berkenaan.

Charly membuka tirai persembahan dengan lagu berjudul Jangan Pernah Berubah yang membuatkan peminat menjerit menyanyi bersama-sama mereka.

photo_6260321267131463719_x

Peminat di Johor terpukau dengan nyanyian Charly.

Konsert ini turut digamatkan lagi dengan penampilan artis undangan iaitu Ezad Lazim, Poey Stings dan Wans Ahmad.

Sebanyak 20 lagu telah didendangkan untuk penonton yang hadir antaranya P.U.S.P.A, Putri Iklan dan Terlalu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Konsert Setia Band 20 Tahun Charly Berkarya’ di Zepp KL pukau ribuan penonton, jelajah diteruskan di tiga lokasi lain

ARTIKEL BERKAITAN: Meriah! Hampir 10,000 peminat banjiri ‘Konsert Reunion ST12’, sanggup beratur panjang walau dalam hujan

Sempena 20 tahun penglibatannya dalam industri muzik, Charly sebelum ini berjaya mengadakan siri jelajah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Semasa persembahan itu, Charly turut meluahkan rasa terharu apabila dapat menyanyikan lagu daripada Allahyarham Saleem Iklim berjudul Bukan Niatku kerana penyanyi berkenaan merupakan idolanya.

"Saya rasa terharu dan bangga sekali apabila dapat menyanyikan lagu daripada penyanyi kegemaran saya iaitu Saleem Iklim dan saya amat kagum dengan suara uniknya itu," ujarnya.

Charly gegar peminat di Johor.

Charly hiburkan lebih 10,000 penonton.

Sepanjang tempoh tiga jam persembahan, peminat bersorak dan menyanyi bersama tanpa henti malah ada juga yang tidak lepaskan peluang merakamkan momen indah bersama Charly sepanjang konsert berlangsung.

Konsert Konsert 20 Tahun Charly Berkarya telah melabuhkan tirainya pada jam 12 malam, manakala menurut Pengarah Urusan Menara Networks Sdn. Bhd. iaitu Dato Razif Asmuni memberitahu siri promosi Konsert 20 Tahun Charly Berkarya ini telah berjaya menakluk Selatan Tanah Air dan bakal diteruskan ke Borneo Sabah dan Sarawak pada Disember ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain