suria

Tahniah! Farisha Iris berjaya genggam ijazah komunikasi, nasihat pengikut cari ilmu untuk masa depan

Farisha berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang Perhubungan Awam.

PENYANYI Farisha Iris meluahkan rasa syukur berjaya menggenggam ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi perhubungan awam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Farisha atau Farisha Asmadi, 24, berkata sejak kecil lagi dia telah dididik oleh ibunya yang sangat mementingkan pelajaran dalam kehidupan harian.

Pun begitu, Farisha mengakui dia melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading bukanlah atas desakan sesiapa, namun memikirkan mengenai masa depan sendiri.

Farisha kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana.

Farisha kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana.

"Saya masih ingat sewaktu di sekolah menengah, ibu memberitahu saya betapa pentingnya pendidikan. Semakin hari, ia membuka mata saya.

"Saya tidak mengejar dan menggali ilmu mengikut pendapat orang lain. Saya lakukan ini semua untuk diri sendiri dan masa depan saya," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Farisha turut meninggalkan pesanan kepada masyarakat untuk terus menimba ilmu kerana hanya pendidikan mampu menjamin masa depan yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto tempah dewan, Farisha Iris kahwin hujung 2024 selepas tamat belajar

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh punca teman lelaki putus tunang, sejak awal Farisha Iris sudah minta bukti elak jadi perampas

"Cepat atau lambat, tiada siapa yang akan menjaga, membantu dan memberi makan kepada anda. Pada akhirnya, anda hanya mempunyai diri sendiri untuk bertahan.

"Sedikit nasihat untuk semua, apa sahaja yang anda impikan, sama ada ingin menjadi seorang selebriti atau usahawan, sila dapatkan pendidikan... cari dan capai sesuatu terlebih dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Farisha turut meluahkan rasa syukur selepas lebih setahun berhempas-pulas akhirnya dia berjaya menamatkan pelajaran.

Tambah Farisha, dia juga memohon doa supaya urusan pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana dipermudahkan dan turut berterima kasih kepada tulang belakang yang selama ini banyak memberikan sokongan.

Farisha mengakui kepentingan pendidikan dalam masyarakat.

Farisha mengakui kepentingan pendidikan dalam masyarakat.

"Alhamdulillah syukur 2020-2022 Bachelor of Mass Communication (Hons) Public Relations, UiTM Shah Alam setelah setahun lebih, hari ini majlis konvokesyen saya.

"Saya sangat gembira dan bersyukur. Doakan semoga saya dapat menghabiskan ijazah sarjana pada 2024 ini dengan jayanya. Semoga ada daya dan semangat untuk menjalani peringkat yang seterusnya.

"Terima kasih Allah... Terima kasih Mama, Papa. Terima kasih rakan baik saya yang sentiasa ada dengan saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain