suria

Sharif dan Syaiful ‘intai’ gelaran juara Famili Duo 3, mahu sumbang wang kemenangan kepada mangsa perang di Gaza

Sharif dan Syaiful sudah pasang niat bantu Palestin sejak awal sertai FD3.

PASANGAN duo Sharif dan Syaiful meluahkan rasa bimbang susulan isu sebuah pertubuhan yang didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai buat mangsa perang di Palestin.

Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 33, bagaimanapun berkata, isu terbabit tidak mematahkan semangat mereka untuk terus membuat sumbangan sekiranya memenangi pertandingan Famili Duo musim ketiga (FD3).

"Hasrat menyumbang kepada tabung Palestin akan diteruskan sekiranya kami menang di separuh akhir dan final dua minggu lagi. Itu adalah sasaran kami," katanya kepada mStar.

sharif 2

Sharif (kiri) dan Syaiful mahu terus bantu Palestin.

Pasangan adik-beradik itu ditemui ketika majlis meet and greet FD3 yang diadakan di Kuala Lumpur pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Sharif dan Syaiful tidak berasa selesa dengan kemenangan tiga kali juara mingguan sebaliknya perlu sentiasa memperbaiki diri.

Meskipun sudah biasa menyertai banyak pertandingan sebelum ini, namun pentas FD3 bukanlah satu cabaran mudah buat mereka yang lebih dikenali sebagai pelawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Juara lagi! Sharif dan Syaiful bawa pulang RM10,000 minggu ke-6 Famili Duo 3

ARTIKEL BERKAITAN: Baiknya hati... Syaiful, Sharif nak derma wang kemenangan mingguan Famili Duo 3 kepada tabung Palestin

"Sebenarnya agak tertekan juga selepas menang tiga kali. Setiap minggu kami sudah berikan yang terbaik... takut di minggu akhir hilang idea pula. Itulah yang selalu berlaku dalam pertandingan sebelum ini.

"Pernah menyertai banyak pertandingan mungkin satu kelebihan buat kami, tetapi di FD3 ini ia adalah program nyanyian.

"Cuma pengalaman lepas kami gunakan sebagai mungkin untuk rasa selesa di atas pentas," ujarnya.

Setiap minggu kami sudah berikan yang terbaik... takut di minggu akhir hilang idea pula

SHARIF ZERO

PELAWAK/PENYANYI

Dalam masa sama Sharif juga melihat FD3 adalah satu platform terbaik untuk mereka serlahkan bakat nyanyian sebelum melancarkan lagu baharu bersama seorang lagi adiknya iaitu Atu.

Dia juga percaya di sebalik setiap kecaman yang mempertikaikan vokal mereka, akan ada kelompok peminat tersendiri mahu melihat kumpulan Zero terus mengembangkan bakat seni.

"Lepas tamat FD3 kami akan lancarkan lagu baru. Kami ini bukanlah penyanyi cuma peluang ini diambil untuk kembangkan bakat dalam dunia seni," jelasnya.

Sharif dan Syaiful bakal tampil menyanyikan lagu berjudul Seperti Mati Lampu dengan turut memuatkan elemen hip hop bagi mengikut tema minggu separuh akhir.

sharif 3

Tiga minggu menang di pentas FD3 beri tekanan buat Sharif dan Syaiful.

Selain mereka berdua FD3 turut menampilkan peserta iaitu Shila Amzah dan Syahir Amzah selain Emma Suhaimi dan Adira Suhaimi.

Pertandingan itu turut disertai oleh Tom dan Fuad, Ryan Bakery dan Adam Bakery serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain