suria

Fuad Rahman ‘buang’ maruah penyanyi rock demi Tom, enggan isteri banyak gerak di atas pentas FD3

Fuad dan Tom harap perjuangan mereka akan sampai ke minggu akhir FD3.

PENYANYI Fuad Rahman sanggup membuang rasa malu apabila bakal menari di atas pentas separuh akhir Famili Duo musim ketiga (FD3) yang bakal berlangsung pada malam Ahad ini.

Fuad atau Mohamed Fuad Rahman, 44, berkata, dia sanggup berkorban membuang imej sebagai penyanyi rock agar isterinya, Tom tidak perlu banyak bergerak kerana sedang hamil.

fuad rahman 2

Tom sentiasa memberikan persembahan terbaik meskipun sedang hamil tujuh bulan.

"Saya sanggup buang semua 'maruah' sebagai penyanyi rock untuk menari.

“Saya tidak mahu isteri terlalu banyak bergerak di atas pentas. Jadi biar dia fokus sahaja kepada nyanyian,” katanya kepada mStar.

Fuad dan Tom ditemui pada program meet and greet Famili Duo 3 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi Tom tidak stabil, mudah menangis... Fuad dedah punca isteri kongsi video menitis air mata

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tanggungjawab sara keluarga di bahu suami, Fuad minta Tom berhenti kerja di kelab malam

Pada peringkat separuh akhir itu, pasangan berkenaan bakal menyampaikan lagu Papa Jahat nyanyian asal The Fabulous Cat dan Malam Pagi oleh Saixse.

FD3 separuh akhir menampilkan tema hip hop dan dance yang dipilih oleh juara minggu lalu iaitu Sharif dan Syaiful Zero.

Dalam pada itu, Fuad berkata, sepanjang penyertaan mereka dalam program itu dia banyak menguruskan hal persembahan memandangkan Tom sedang sarat hamil tujuh bulan.

Saya tidak mahu isteri terlalu banyak bergerak di atas pentas. Jadi biar dia fokus sahaja kepada nyanyian

FUAD RAHMAN

PENYANYI

Kata Fuad, dia enggan membebankan Tom apatah lagi isterinya itu mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan kali ini.

"Sepanjang penyertaan dalam FD3 kali ini pun memang saya yang banyak menguruskan hal berkaitan persembahan. Saya tahu keadaan isteri sedang sarat hamil," jelasnya.

Selain Tom dan Fuad, FD3 turut menampilkan peserta iaitu Shila Amzah dan Syahir Amzah selain Emma Suhaimi dan Adira Suhaimi.

fuad rahman 3

Fuad lebih banyak menguruskan persiapan persembahan di pentas FD3.

Pertandingan itu turut disertai oleh Sharif dan Syaiful, Ryan Bakery dan Adam Bakery serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain