suria

Guna perkataan ‘kami’ bukan bakal timang anak, Haqiem Rusli akan maklum jika isteri hamil

Haqiem Rusli memberitahu isterinya masih belum hamil.

PENYANYI Haqiem Rusli menjelaskan dakwaan isterinya iaitu Anis Sofea kini sedang berbadan dua adalah tidak benar.

Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 25, berkata, dia sendiri akan memaklumkan mengenai perkara itu sekiranya ada berita gembira kelak.

Sehubungan itu, penyanyi itu meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut.

WhatsApp Image 2023-11-25 at 3.02.12 PM

Haqiem sendiri akan maklumkan jika bakal bergelar bapa.

"Jangan percaya (spekulasi), kalau saya sendiri yang cakap barulah berita itu benar. Kalau isteri hamil nanti saya akan maklumkan," katanya kepada mStar.

Haqiem menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sesi meet and greet program Famili Duo musim ketiga (FD3) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Spekulasi Sofea atau Wan Anis Sofea Wan Zamzuri hamil mula diperkatakan selepas Haqiem mengungkap kata romantis kepada isterinya dengan sebutan kami seolah-olah memberi gambaran keluarga mereka bakal bertambah tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ajar makan vitamin C dan banyak minum air putih, Haqiem Rusli sangkal wajah mulus sebab suntikan

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dapat pujian Ajai, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran juara minggu kedua Famili Duo 3

Tambah Haqiem dia dan Sofea tidak pernah merasa tertekan apabila kisah kehamilan sudah beberapa kali menjadi bualan ramai.

“Kapsyen yang ditulis itu menunjukkan saya dan keluarga sayang Sofea. Saya mahu dia rasa bahawa dirinya sentiasa disayangi ramai orang.

“Ramai juga yang ucap tahniah baru-baru ini sehingga ada saudara-mara mula bertanya jantina anak.

553 (1)

Ramai bertanya tentang kesahihan Sofea sedang berbadan dua.

“Kami okey sahaja kalau orang bercakap Sofea hamil. Tetapi kalau asyik bertanya secara depan-depan ada rasa sedikit menjengkelkan,” ujarnya.

Untuk rekod, Haqiem dan Anis mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Sementara itu, bercakap tentang persiapan minggu separuh akhir FD3, Haqiem akui ia agak mencabar kerana bakal menyahut cabaran menyanyikan lagu hip hop dan dance.

2300805

Pasangan ini berkahwin pada November 2021.

Haqiem dan pasangan duetnya Ariff Bahran akan menyampaikan lagu berjudul Bunga dan Amboi (nyanyian asal Altimet).

“Memang kami ada lagu rap sebelum ini, tapi itu lagu sendiri. Kalau lagu orang lain agak mencabar.

“Lagipun genre ini bukan kebiasaan kami. Cuma harap dapat beri yang terbaik dan masuk ke final,” jelasnya.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain