SELEPAS enam minggu bertanding menerusi program Famili Duo musim ketiga (FD3), penyanyi Emma Suhaimi memberitahu adiknya iaitu Adira Suhaimi semakin yakin menyanyikan lagu berbahasa Inggeris. Emma, 34, berkata, FD3 banyak membantu mereka keluar daripada zon selesa selain seronok dapat mencuba pelbagai genre baharu yang belum pernah dibawa sebelum ini. "Perubahan paling ketara kami keluar daripada zon selesa dengan mencuba pelbagai genre berbeza dan cabaran setiap minggu buatkan minda kami lebih terbuka. "Sebelum ini lagu berbahasa Inggeris buat Adira kurang selesa tapi menerusi FD3 saya nampak dia boleh lakukannya," katanya. Adira dan Emma gigih berlatih untuk tema Hip Hop dan Dance. Berkongsi persediaan minggu separuh akhir, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, memberitahu mereka mahu menjiwai tema hip hop dan dance yang menjadi pilihan juara minggu lalu iaitu Sharif dan Syaiful Zero. Kurang biasa dengan genre berkenaan, mereka juga berlatih dengan lebih gigih berbanding minggu-minggu sebelum ini. "Untuk minggu ini kami rasa tiada kejutan cuma kami akan lakukan sebaik mungkin untuk kami buat dengan baik walaupun hip hop dan dance ini bukan genre kami. "Persembahan minggu ini kami perlu bekerja keras lebih sikit menjiwai lagu dan tema. Nak hafal lirik dan tempo lagu. ARTIKEL BERKAITAN: Adira dan Emma Suhaimi ‘auto’ menggigil tengok juri Famili Duo 3, perhati muka Mas Idayu senyum atau tidak ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dapat pujian Ajai, Adira dan Emma Suhaimi juara minggu ketiga Famili Duo 3 "Biasanya kami akan mulakan latihan dari hari Rabu tapi untuk minggu ini kami mulakan lebih awal sebab kami tak mahu nampak tidak selesa ketika berada di atas pentas," katanya. Walaupun memiliki vokal yang mantap, namun dua beradik ini sepakat mereka masih memerlukan bimbingan dalam menjadi perhibur yang baik. Mereka juga menganggap tekanan yang dihadapi setiap minggu adalah lumrah dalam pertandingan namun masih mampu mengawalnya dengan baik. "Saya rasa prestasi kami masih boleh diasah dan diperbaiki lagi. Kami tak nampak prestasi kami sudah berada di atas. Apa yang juri komen itulah yang kami baiki. Memang vokal kami ada tapi kami kurang yang lain. Kami masih lagi belajar untuk menjadi penghibur. ADIRA SUHAIMI PENYANYI "Sebagai seorang penghibur suara dan nyanyian memang tak cukup, kena pandai main hati dan peranan di atas pentas. Tapi kami masih belum sampai ke tahap itu lagi. "Kami juga tahu orang akan komen di media sosial... memang vokal kami ada tapi kami kurang yang lain. Kami masih lagi belajar untuk menjadi penghibur," kongsinya. Sebelum ini, Adira dan Emma pernah menjadi juara mingguan pada minggu ketiga sekali gus berjaya membawa pulang RM10,000. Persembahan Emma dan Adira sentiasa mendapat pujian juri. Juri tetap, Ajai pada ketika itu berpendapat persembahan mereka luar biasa dengan menyanyikan lagu medley Tiada Tangis Lagi (Ella) dan Hukum Karma (Wings). Selain Adira dan Emma, FD3 turut disertai Sharif dan Syaiful, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Tom dan Fuad, Shila Amzah dan Amir Syahir serta Adam dan Ryan Bakery. FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton. Finalis akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang tunai utama sebanyak RM100,000. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!