suria

Kaki luka kena gigit serangga ketika berkebun, ibu Afieq Shazwan ditahan di hospital selepas demam tak kebah

Afieq harap ibunya segera kembali sihat seperti sedia kala.

IBU kepada penyanyi Afieq Shazwan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) sejak Khamis lalu selepas mengalami demam berlarutan.

Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 25, berkata, ibunya ketika ini masih lagi dalam pemantauan doktor bagi mengetahui keadaannya dengan lebih lanjut.

Apatah lagi kata Afieq, ibunya yang dikenali sebagai Puan Noor, 72, sebelum ini pernah mengalami luka teruk pada bahagian kaki akibat digigit serangga ketika berkebun.

Snapinsta.app_342528025_585029863692898_4049129394972564549_n_1080

Afieq anak yang rapat dengan ibunya.

"Alhamdulillah keadaan mak semakin okay. Dia mula demam sejak Sabtu minggu lalu tapi tak kebah-kebah selain badannya lemah.

"Apabila buat pemeriksaan di klinik doktor mengesyaki mak kena denggi sebab platlet darah mak rendah sampai 50 tapi bila hantar ke hospital doktor kata tak pasti pula," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Bercerita mengenai ibunya digigit serangga, Afieq memberitahu kejadian berlaku ketika ibunya sedang berkebun di belakang rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pertemuan di rumah terbuka pulihkan hubungan Wani Kayrie dan Afieq Shazwan, tak mahu kenang kisah lama lebih seronok jadi kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Afieq Shazwan berkenalan dengan ‘anak ikan’, mahu belajar cara hidup mereka

Bagaimanapun luka gigitan tersebut semakin pulih selepas menerima rawatan namun doktor yang merawat ibunya ingin memastikan jangkitan dihadapi tidak serius.

"Mak memang suka berkebun dan saya tak pasti serangga apa gigit dia sebab jangkitan dialami macam teruk.

"Luka itu mula-mula teruk dan ada nanah tapi doktor dah buang cuma sekarang mereka nak pastikan jangkitan itu sampai ke tulang atau pun sebaliknya.

"Alhamdulillah mak masih boleh gerakkan kaki dan sekarang masih bergantung kepada antibiotik selain menjaga pemakanan," ujarnya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain