suria

Ben Amir belum jumpa wanita pandai buat ayam masak merah, bukan masalah hidup solo... Mahu kembara seluruh dunia

Ben Amir masih belum menemui pasangan hidup.

LEBIH seronok berstatus solo, pelakon Ben Amir masih belum mempunyai teman istimewa untuk dijadikan pasangan hidup.

Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 33, sebaliknya berkata, masih terdapat banyak lagi perkara belum dapat ditunaikan termasuk menggembara ke seluruh dunia.

"Saya masih solo dan tengah seronok hidup single. Saya nak melancong dan banyak benda lagi nak buat.

"Ada sesetengah orang kena ada pasangan baru boleh hidup tapi bukan bagi saya. Saya tak perlukan sesiapa (pasangan) untuk merialisasikan impian yang belum tercapai," katanya kepada mStar.

Ben 1

Ben mahu melancong seluruh dunia sebelum mempunyai teman hidup.

Ben berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui semasa menghadiri majlis pelancaran baju Melayu jenama Eastana Exclusive baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ben memberitahu dia juga seorang yang sangat selektif sehingga membuatkan dia sukar menemui pasangan terbaik di matanya.

Mengulas mengenai kriteria teman wanita yang pandai memasak ayam masak merah seperti dimaklumkan sebelum ini, Ben memberitahu sehingga kini tiada yang menghantar juadah itu kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir dan Siti Saleha ungguli Anugerah Telenovela ke-8, turut bawa pulang trofi ‘Bintang dan Ratu Telenovela’

ARTIKEL BERKAITAN: Kriteria bakal isteri Ben Amir tak susah, kena pandai masak ayam merah

"Tiada siapa yang bagi makanan itu. Kita tunggulah siapa nak hantar makanan itu. Tapi saya dapat juga mesej yang kata mereka nak hantar, tapi sampai sekarang tiada lagi," ujarnya.

Sementara itu, menjawab dakwaan mengatakan dia sebagai seorang artis yang sombong dan sering menolak permintaan peminat untuk bergambar bersama, Ben menafikan perkara itu.

Menurut pelakon itu, dia tidak pernah menolak permintaan itu melainkan terdapat urusan kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Ben 2

Ben menyangkal dakwaan yang mengatakan dia sombong.

"Siapa yang kenal saya, kenal lah.. Siapa-siapa yang nak ambil gambar dengan saya, saya okay sahaja. Tidak ada pun menolak.

Tetapi, kalau ada urusan kecemasan itu, lain cerita. Itu pun saya tolak dengan cara yang baik. Jadi, tiada istilah sombong atau enggan bergambar," katanya.

Sebelum ini, terdapat segelintir individu yang mendakwa Ben semakin sombong dan mengelak sekiranya diajak berbual dan bergambar di beberapa acara.

Malah ada juga yang berpendapat, kelantangannya dalam media sosial yang dilihat ramah tidak sama dengan pembawakan dirinya di luar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain