suria

Tiada lagi panggilan telefon daripada Sofia, peminat cilik Anna Jobling meninggal dunia

Anna merasai pemergian adik Sofia.

PELAKON Anna Jobling memaklumkan seorang peminat ciliknya dikenali sebagai Sofia meninggal dunia akibat menderita penyakit otot.

Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 23, meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat bertemu dengan Allahyarham buat kali terakhir namun menyifatkan kanak-kanak itu sebagai seorang pejuang.

"Innalillahiwainnailaihirojiun... Kepada adik Sofia. Awak seorang pejuang dan mempunyai hati yang baik.

anna1 - 1

Perkongsian yang dimuat naik Anna di Instastory miliknya.

"Terima kasih kerana membawa kegembiraan buat saya ketika pertama kali saya bertemu awak (Sofia). Kak Anna sedih sangat tak dapat jumpa Sofia lagi," katanya.

Anna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anna mendoakan agar Sofia berada di tempat yang lebih baik dan memberitahu dia turut merasai kehilangan peminatnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling tunai impian peminat cilik mahu berjumpa, sebak tengok keadaan adik Sofia... "Saya tak nak menangis depan dia"

ARTIKEL BERKAITAN: Belum tayang tapi sudah trending, Anna Jobling bimbang jangkaan peminat terhadap Syurga Itu Bukan Mudah

"Berehatlah sayang, akhirnya awak berada di tempat yang aman. Keluarga awak sayang sangat dengan awak.

"Saya akan merindui awak biarpun awak pergi (meninggal dunia) terlalu awal tetapi saya tidak akan melupakan awak," ujarnya.

Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Anna memberitahu dia dan Sofia sudah lama mengenali antara satu sama lain dan kerap berhubung menerusi telefon.

anna2 - 1

Anna sempat bertemu adik Sofia pada Mei lalu.

Anna juga sempat bertemu kanak-kanak berusia 8 tahun itu yang merupakan peminat drama Melur Untuk Firdaus.

Mengimbau pertemuan bersama adik Sofia, Anna memberitahu dia sebak selepas menerima kad tulisan tangan kanak-kanak berkenaan namun berusaha untuk kuat di hadapannya.

Malah dia turut membawa beberapa buah tangan untuk menggembirakan adik Sofia ketika pertemuan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain